Setiap hari, berjuta-juta orang menggunakan Shopify untuk menjalankan perniagaan mereka. Daripada perniagaan sampingan secara dalam talian hinggalah syarikat peruncitan global, Shopify membantu menjadikan urusan perdagangan lebih baik untuk semua.
Apa itu Shopify dan bagaimana Shopify berfungsi?
Terokai ciri-ciri utama Shopify yang membantu anda menjana jualan dan mengurus kedai anda.
Apa itu Shopify?
Shopify ialah platform perdagangan yang membantu anda menjual produk secara dalam talian dan secara bersemuka. Usahawan, peruncit dan jenama global menggunakan Shopify untuk menjana jualan, mengurus kedai dan mengembangkan perniagaan mereka.
Dengan Shopify, anda boleh membina laman web e-dagang pertama anda atau mengurus perniagaan peruncitan bertaraf dunia.
Mulakan perjalanan perniagaan anda dengan percubaan percuma.
Cara Shopify berfungsi
Alat dan produk Shopify berfungsi bersama sebagai satu sistem bersepadu untuk membantu anda menjual di mana-mana sahaja.
Bina kedai dalam talian
Gunakan AI untuk mereka bentuk kedai dan mencipta halaman produk.

Bina kedai dalam beberapa minit menggunakan editor kedai dalam talian. Gunakan AI untuk menjana tema kedai tersuai dengan hanya menerangkan jenama atau produk anda.
Anda juga boleh memilih daripada lebih 900 tema industri sedia bina yang menarik dengan kesan tatal dinamik dan kesan apabila kursor diletakkan pada elemen tertentu. Tema ini mesra mudah alih dan boleh disesuaikan tanpa perlu menulis kod.
Tambahkan ciri pada laman web anda menggunakan aplikasi dan gunakan Sidekick untuk menulis penerangan produk serta menghasilkan kandungan asli.
Cari produk
Jual hasil kraf tangan anda atau semak inventori pembekal.

Cari produk untuk dijual dengan menghubungkan kedai anda dengan pembekal yang disahkan. Reka barangan tersuai menggunakan cetak atas permintaan, dapatkan produk melalui aplikasi perniagaan dropship atau dapatkan stok daripada jenama bebas melalui pasaran borong Faire.
Terokai Shopify Collective untuk mendapatkan produk daripada jenama Shopify lain yang mungkin digemari pelanggan anda. Import produk ke dalam kedai anda, kemudian hantar pesanan terus daripada pembekal sebaik sahaja anda membuat jualan.
Ketahui lebih lanjut tentang penyumberan produk.
Tukarkan pelawat kepada pembeli
Dengan sistem pembayaran selamat yang mempunyai kadar penukaran tertinggi di dunia.

Apabila anda bersedia untuk mula menjual, Shopify Checkout menawarkan pengalaman pembayaran yang selamat dan pantas kepada pelanggan, sekali gus membantu memaksimumkan kadar penukaran. Terima semua kaedah pembayaran utama sebaik sahaja kedai anda dilancarkan.
Dengan menambah Shop Pay, pilihan pembayaran yang mempunyai kadar penukaran tertinggi di internet, pembeli boleh membuat pesanan hanya dengan satu ketikan.
Ketahui lebih lanjut tentang penjualan.
Automatikkan penghantaran
Apabila pesanan diterima, proses penghantaran dengan segera.

Penghantaran dengan Shopify mudah, pantas dan menjimatkan kos. Cetak label penghantaran, kutip cukai import, sediakan penjejakan pesanan dan nikmati diskaun sehingga 88% pada kadar penghantaran.
Apabila jumlah pesanan meningkat, gunakan Shopify Fulfillment Network untuk berhubung dengan rakan kongsi 3PL yang dipercayai bagi menguruskan penyimpanan inventori dan pemulangan. Tawarkan penghantaran tempatan kepada pembeli berdekatan dan tingkatkan keyakinan pelanggan terhadap penghantaran dengan Shop Promise.
Ketahui lebih lanjut tentang penghantaran.
Jual di mana-mana sahaja
Menjual produk melalui laman web anda hanyalah permulaan.

Gunakan Shopify untuk mempromosi dan menjual produk di platform sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, dan YouTube.
Luaskan jangkauan anda dengan menjual kepada pelanggan antarabangsa dan menyenaraikan produk di pasaran seperti Amazon, Walmart, eBay dan Etsy.
Untuk jualan secara bersemuka, Shopify POS memastikan inventori sentiasa disegerakkan antara kedai dalam talian dan kedai fizikal anda.
Pasarkan jenama anda
Kenali khalayak anda untuk menjadikan produk lebih menonjol.

Gunakan laporan untuk memahami perkara yang menarik orang ke laman web anda dan mendorong mereka menjadi pelanggan.
Jana senarai khalayak untuk kempen pemasaran dan e-mel troli terbiar , atau bekerjasama dengan pempengaruh melalui Shopify Collabs untuk menjadikan produk anda tular.
Ketahui lebih lanjut tentang alat pemasaran.
Integrasikan lebih 8,000 aplikasi
Daripada perniagaan dropship hinggalah sokongan pelanggan berasaskan AI.

Tambahkan ciri pada kedai anda dengan aplikasi pihak ketiga yang dibangunkan oleh rakan kongsi Shopify.
Uruskan kewangan anda
Akaun perniagaan yang terbina dalam Shopify.

Shopify membantu anda mengurus kewangan perniagaan, memastikan anda mengutip jumlah cukai jualan yang tepat dan memantau perbelanjaan.
Pastikan produk terlaris sentiasa tersedia dan kempen iklan terus berjalan dengan pembiayaan daripada Shopify Capital. Anda juga boleh meningkatkan aliran tunai dengan Shopify Credit untuk mendapatkan pulangan tunai sehingga 3% bagi pembelian pemasaran, penghantaran atau borong yang layak.
Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan kewangan.
Terus berkembang
Keusahawanan ialah perjalanan yang tiada penghujung dan sentiasa ada ruang untuk mengembangkan perniagaan.

Keusahawanan ialah perjalanan yang tiada penghujung dan sentiasa ada ruang untuk mengembangkan perniagaan.
Kembangkan perniagaan anda dengan penyelesaian perdagangan yang fleksibel dan boleh diskalakan melalui pelan Plus dan Enterprise, yang direka untuk peruncit berskala besar.
Jenama seperti Glossier, Mattel dan Converse mengurus jualan terus kepada pengguna (DTC), jualan kepada perniagaan (B2B), jualan runcit dan jualan antarabangsa daripada satu platform.
Ketahui cara Shopify membantu anda mengembangkan perniagaan.
Pelan dan harga
Empat pelan Shopify yang direka untuk memenuhi keperluan perniagaan yang berbeza:
- Basic: Pelan paling popular untuk usahawan solo.
- Grow: Untuk pasukan kecil.
- Advanced: Menyokong perniagaan yang sedang berkembang.
- Plus: Untuk perniagaan dengan keperluan yang kompleks.
Daripada jualan pertama hingga mencapai skala penuh
- Setiap 26 saat, seorang usahawan membuat jualan pertama di Shopify.
- Berjuta-juta peniaga Shopify di seluruh dunia termasuk jenama seperti Mattel, Gymshark, Heinz, FTD, Netflix, Kylie Cosmetics, SKIMS dan Supreme.
- Shopify menyokong kira-kira 12% daripada pasaran e-dagang di AS, dengan 875 juta pembeli menggunakan platform ini pada tahun 2024.
- Secara keseluruhan, peniaga Shopify telah menjana jualan melebihi $1.4 trilion melalui platform Shopify.
Bandingkan Shopify dengan platform perdagangan lain.
Mula menjual hari ini
Dengan sistem pembayaran yang mempunyai kadar penukaran terbaik di internet, alat perdagangan berasaskan AI dan diskaun penghantaran yang besar, Shopify membantu perniagaan memberikan pengalaman membeli-belah terbaik kepada pelanggan di mana-mana sahaja.
Daripada pencipta kandungan TikTok yang membina kejayaan sendiri hinggalah jenama yang telah lama bertapak, Shopify sesuai untuk semua jenis perniagaan. Lihat pelan dan harga.
Soalan lazim: Apa itu Shopify
Adakah Shopify sesuai untuk pemula?
Shopify memudahkan pemula membina kedai dalam talian menggunakan templat seret dan lepas serta AI. Anda boleh mula menerima pembayaran serta-merta menggunakan pemproses pembayaran terbina dalam.
Adakah Shopify percuma?
Percubaan percuma Shopify membolehkan anda menguji kebanyakan pelan dan ciri. Selepas tempoh percubaan percuma, anda boleh menggunakan Shopify dengan harga $1 (kira-kira RM4.20) sebulan selama tiga bulan, supaya anda boleh memulakan perniagaan dengan kos yang minimum. Selepas tempoh tersebut, anda boleh memilih daripada pelbagai pelan Shopify dengan harga yang disesuaikan mengikut keperluan pelbagai jenis perniagaan.
Berapakah kos Shopify?
Shopify menawarkan beberapa pelan harga. Pelan Basic merangkumi semua ciri yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan dan berharga $29 (kira-kira RM121.80) sebulan apabila dibayar secara tahunan. Pengguna Shopify boleh menambah ciri pada kedai dengan aplikasi pihak ketiga, yang mungkin dikenakan kos tambahan.
Apakah Shopify Plus?
Shopify Plus ialah pelan untuk perniagaan yang berkembang pesat dan memerlukan ciri lanjutan, fleksibiliti untuk berkembang pada skala besar serta akses kepada aplikasi dan perkhidmatan khusus. Pelan ini merangkumi ciri seperti alat B2B, Launchpad untuk mengautomatikkan jualan, POS Pro serta sokongan untuk pelbagai lokasi dan pasaran.
Apakah manfaat Shopify?
Perniagaan memilih Shopify kerana fleksibiliti serta keupayaan untuk mengurus pelbagai aktiviti perdagangan daripada satu tempat. Dengan Shopify, anda boleh memulakan perniagaan, membina ruang khusus untuk jenama anda dan menjual melalui pelbagai platform, termasuk secara bersemuka dan di media sosial. Apabila perniagaan anda berkembang, Shopify menawarkan ciri untuk perniagaan berskala besar, sekali gus mengelakkan keperluan untuk berpindah ke platform lain yang memerlukan kos tinggi.
Apakah itu Shopify for Enterprise?
Shopify for enterprise ialah penyelesaian bertaraf perusahaan Shopify yang direka untuk perniagaan berskala besar yang memerlukan tahap fleksibiliti, prestasi dan jangkauan global yang tinggi. Penyelesaian ini menyediakan seni bina yang fleksibel, termasuk pilihan headless dan modular, infrastruktur terurus, saluran jualan bersepadu (DTC, B2B dan peruncitan) serta sokongan premium untuk perusahaan. Penyelesaian ini direka untuk mengendalikan operasi berskala besar serta menawarkan jumlah kos pemilikan yang terbaik dan kadar penukaran yang tinggi dalam bidang perdagangan.
Di negara manakah Shopify boleh digunakan?
Shopify menyokong kedai dalam talian dan perniagaan peruncitan di lebih 175 buah negara. Shopify boleh digunakan dalam lebih 20 bahasa dan anda boleh menerima pembayaran menggunakan pemproses pembayaran terbina dalam Shopify di Australia, Austria, Belgium, Kanada, Republik Czech, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Hong Kong, Ireland, Itali, Jepun, Belanda, New Zealand, Portugal, Romania, Singapura, Sepanyol, Sweden, Switzerland, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. Pemilik perniagaan di negara yang belum menyediakan Shopify Payments boleh menggunakan Shopify dengan gerbang pembayaran pihak ketiga yang diluluskan.
Apakah yang boleh saya jual di Shopify?
Anda boleh menjual pelbagai produk dan perkhidmatan di Shopify, termasuk produk fizikal, produk digital, keahlian, langganan, pengalaman berbayar dan perkhidmatan perundingan. Sesetengah produk tidak dibenarkan untuk dijual di Shopify. Rujuk dasar penggunaan yang boleh diterima Shopify untuk mengetahui produk dan perkhidmatan yang tidak dibenarkan.
Di manakah saya boleh menjual dengan Shopify?
Dengan Shopify, anda boleh menjual di mana-mana sahaja pelanggan anda berada, termasuk melalui kedai dalam talian, di Shop App, secara bersemuka di kedai runcit, di pasaran seperti Amazon dan Etsy, melalui saluran media sosial seperti TikTok dan Instagram, serta secara borong.
Shopify ialah platform berasaskan awan yang dihoskan, yang membolehkan anda mengakses panel pentadbir dan data dengan selamat menggunakan mana-mana peranti yang serasi dan mempunyai sambungan internet.

