Sama ada anda penjual baharu atau mengendalikan perniagaan yang sudah kukuh, Shopify memudahkan anda menjalankan perniagaan dropship.
Alat dan aplikasi Shopify membantu anda berhubung dengan pembekal, mengurus inventori dan meneruskan pesanan kepada pihak yang mengurus penghantaran, supaya anda boleh menumpukan perhatian pada perkembangan kedai anda. Gunakan salah satu daripada tiga kaedah berikut untuk memulakan perniagaan dropship di Shopify:
- Layari dan tambahkan produk ke kedai anda menggunakan Shopify Collective, rangkaian pencarian produk terbina dalam Shopify.
- Hubungkan kedai anda dengan aplikasi perniagaan dropship.
- Bekerjasama secara langsung dengan pembekal dan uruskan kedai anda di Shopify.
1. Cara menjalankan perniagaan dropship dengan Shopify Collective
Tambahkan produk popular terus ke kedai Shopify anda menggunakan Shopify Collective, rangkaian pembekal terbina dalam Shopify yang terdiri daripada jenama Shopify yang disahkan.
Layari Shopify Collective untuk mencari dan mengimport produk, dengan penyegerakan harga dan inventori masa nyata. Apabila anda menerima pesanan, pembekal akan menghantar produk kepada pelanggan dan Shopify Collective memproses pembayaran secara automatik.
Perkara penting tentang Shopify Collective
- Temukan jenama popular di Shopify dan berhubung dengan mereka.
- Meluaskan katalog produk tanpa perlu menanggung kos atau risiko inventori.
- Bekerjasama dengan pembekal dan peruncit yang disahkan.
- Manfaatkan proses pemulangan automatik.
- Tingkatkan nilai pesanan purata dengan menjual produk pelengkap.
- Tarik pelanggan baharu dengan meluaskan pilihan ke kategori produk berkaitan.
Jika anda peruncit tradisional, gunakan Shopify Collective untuk menjadi pembekal dan tawarkan produk anda kepada kedai Shopify yang sehaluan.
Menggunakan Shopify Collective
Muat turun aplikasi Shopify Collective untuk melayari produk, menemukan pembekal baharu atau menjemput rakan kongsi sedia ada untuk berhubung.
Setelah berhubung, pembekal akan menyediakan senarai harga produk untuk semakan. Produk yang dipilih akan diimport terus ke kedai anda, lengkap dengan butiran produk dan maklumat inventori.
Pelanggan boleh membeli produk daripada kedai anda menggunakan satu troli yang dikuasakan oleh Shopify Payments bagi pengalaman pembayaran yang pantas dan menampilkan penjenamaan anda. Pesanan akan disalurkan ke kedai rakan kongsi anda dan Shopify Collective akan mengagihkan pembayaran secara automatik kepada setiap kedai setelah pesanan dipenuhi.
Shopify Collective turut menyalurkan pemulangan terus kepada pembekal, jadi anda tidak perlu menyimpan inventori.
2. Cara menggunakan aplikasi perniagaan dropship di Shopify
Aplikasi perniagaan dropship pihak ketiga yang dibina untuk Shopify menghubungkan kedai anda dengan rangkaian pembekal produk bebas.
Gunakan aplikasi perniagaan dropship untuk mencari produk, mengimport butiran produk ke kedai anda dan menghantar maklumat pesanan kepada pembekal untuk pembungkusan dan penghantaran.
Kebanyakan aplikasi menyertakan ciri untuk memantau maklumat seperti ketersediaan produk dan status penghantaran yang boleh anda gunakan untuk meningkatkan sokongan pelanggan.
Perkara penting tentang aplikasi perniagaan dropship
- Muat turun dan hubungkan aplikasi perniagaan dropship untuk mula menjual dengan pantas.
- Import produk secara automatik ke kedai anda dan hantar pesanan kepada pembekal.
- Pilih daripada pelbagai aplikasi perniagaan dropship.
- Bekerjasama dengan beberapa pembekal untuk menjual pelbagai produk.
Aplikasi perniagaan dropship memudahkan penjual yang tidak mempunyai hubungan sedia ada dengan pembekal untuk mendapatkan pelbagai pilihan produk.
Kemudahan ini membawa manfaat dan cabaran, termasuk persaingan daripada peniaga dropship lain yang menjual produk yang sama.
Banyak aplikasi perniagaan dropship menghubungkan penjual dengan rangkaian pembekal luar negara, seperti AliExpress. Bagi penjual, pilihan ini menambah pelbagai produk dan menawarkan harga yang lebih rendah, tetapi mungkin juga menyebabkan tempoh penghantaran lebih lama serta melibatkan cukai import.
Cara menjalankan perniagaan dropship menggunakan aplikasi
Ikuti langkah-langkah berikut untuk memulakan perniagaan dropship menggunakan aplikasi Shopify.
1. Cipta kedai
Mulakan percubaan percuma dan cipta kedai Shopify anda. Ikuti panduan penyediaan untuk menambah ciri penting seperti laman utama, halaman produk dan navigasi menu.
2. Sesuaikan kedai anda
Tema Shopify yang direka secara profesional memberikan anda asas yang baik untuk mereka bentuk kedai. Pilih tema yang sesuai dengan susun atur yang anda inginkan (banyak tema popular tersedia secara percuma).
3. Muat turun dan hubungkan aplikasi perniagaan dropship
Pilih aplikasi perniagaan dropship yang menghubungkan kedai anda dengan pembekal yang menyimpan produk yang ingin anda jual. Untuk memilih aplikasi, pertimbangkan faktor seperti lokasi pembekal, julat produk dan maklum balas daripada peniaga dropship lain.
Pembekal akan mengurus inventori, pemprosesan pesanan dan penghantaran kepada pelanggan. Buat kajian menyeluruh dan pertimbangkan untuk menguji beberapa sampel produk bagi memastikan kualiti sebelum membuat keputusan akhir.
Setelah memilih aplikasi, muat turun dan hubungkan aplikasi tersebut dengan kedai anda.
4. Optimumkan halaman produk
Apabila anda mengimport produk daripada aplikasi perniagaan dropship, butiran dan imej produk akan diisi secara automatik di kedai anda.
Jangan hanya bergantung pada penerangan dan imej lalai yang disediakan oleh pembekal. Sunting maklumat produk dan hasilkan kandungan asli yang lebih menarik untuk membantu pembeli membuat keputusan pembelian.
4 aplikasi perniagaan dropship popular
Cuba salah satu aplikasi perniagaan dropship popular berikut. Setiap aplikasi menawarkan pelan percuma dan akses kepada pembekal yang disahkan:
- DropCommerce: Hubungkan kedai anda dengan lebih daripada 400 pembekal dari AS dan Kanada yang menawarkan penghantaran dalam tempoh tiga hingga lima hari di Amerika Utara.
- Syncee: Dapatkan akses kepada lebih daripada 12,000 jenama global, sesuai untuk menjual kepada pelanggan di seluruh dunia.
- AI Dropship: Bekerjasama dengan pembekal AS dan EU, dengan penghantaran dalam masa kurang daripada tujuh hari di banyak lokasi.
- DSers: Dapatkan dan jual produk daripada pasaran global AliExpress.
3. Cara menjalankan perniagaan dropship secara langsung dengan pembekal
Bekerjasama secara langsung dengan pembekal boleh memberikan anda lebih banyak kawalan berbanding menggunakan aplikasi perniagaan dropship. Kaedah ini melibatkan pembinaan hubungan dengan pembekal serta penggunaan Shopify untuk mempamerkan dan menjual produk.
Setiap pembekal perniagaan dropship mempunyai proses operasi tersendiri. Sesetengah pembekal menyediakan platform dalam talian yang membolehkan penjual mencari produk dalam katalog. Ada juga yang merundingkan tawaran khusus dengan setiap rakan kongsi peruncit.
Perkara penting tentang bekerjasama dengan pembekal
- Bina hubungan untuk membuka peluang menyesuaikan produk.
- Rundingkan harga khusus dan perjanjian pemprosesan pesanan.
- Jadi rakan kongsi pilihan atau eksklusif pembekal.
Apabila kedai anda semakin dikenali dalam niche perniagaan dropship, pembekal mungkin menghubungi anda untuk menjalin hubungan. Ini boleh membuka peluang untuk mendapatkan layanan keutamaan dan merundingkan tawaran khusus.
Pada masa yang sama, kerjasama secara langsung dengan pembekal memerlukan lebih banyak penyelarasan secara manual. Anda mungkin menghadapi cabaran logistik semasa menguruskan pesanan dan perlu mencari pembekal alternatif apabila pembekal sedia ada kehabisan stok.
Cara mencari pembekal untuk perniagaan dropship
Semasa anda mengkaji pembekal dalam niche anda, tentukan kriteria yang memenuhi keperluan perniagaan anda. Kelajuan penghantaran ialah salah satu faktor utama yang mempengaruhi kepuasan pelanggan, jadi anda boleh mengutamakan pembekal dalam negara yang terletak berhampiran dengan pelanggan anda.
Cuba bekerjasama dengan pembekal yang menyimpan produk berhampiran lokasi pelanggan utama untuk mempercepatkan pemenuhan pesanan. Jika anda menguruskan beberapa pembekal, gunakan peraturan automasi untuk menyalurkan pesanan kepada pembekal terdekat yang mempunyai produk dalam stok.
Inventori pembekal mengehadkan produk yang boleh anda jual melalui perniagaan dropship, jadi luangkan masa untuk mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai. Baca ulasan daripada penjual lain dan beri perhatian kepada aduan berkaitan ketersediaan produk. Berikut ialah beberapa tempat untuk bermula:
- Layari laman web dan aplikasi untuk mencari pembekal pakaian untuk perniagaan dropship.
- Dapatkan tip dan senarai pembekal untuk memulakan perniagaan dropship barang kemas.
- Dapatkan panduan dan pembekal yang disyorkan untuk menjalankan perniagaan dropship buku.
- Layari senarai pembekal kopi untuk perniagaan dropship secara borong dan label persendirian.
Apabila kedai anda berkembang dan jumlah pesanan meningkat, jemput pembekal untuk bersaing menawarkan harga yang lebih baik supaya anda dapat meningkatkan margin keuntungan.
Pembekal cetak atas permintaan dan label persendirian untuk perniagaan dropship
Satu cabaran dalam perniagaan dropship tradisional ialah kedai lain mungkin menjual produk yang sama. Keadaan ini boleh menyebabkan anda terpaksa menurunkan harga untuk kekal berdaya saing.
Perkhidmatan cetak atas permintaan dan perniagaan dropship label persendirian membolehkan anda menghasilkan produk berjenama yang unik seperti kemeja-T, beg tote, barangan rumah dan banyak lagi.
Pendekatan ini membantu kedai anda mengelakkan persaingan secara langsung sambil mengekalkan manfaat model perniagaan dropship tanpa perlu menyimpan inventori.
Aplikasi cetak atas permintaan
Jika cetak atas permintaan menarik minat anda, lihat syarikat cetak atas permintaan berikut di Shopify App Store:
- Printify: Gunakan penjana pratonton untuk menghasilkan produk daripada penyedia global.
- Printful: Menawarkan katalog produk untuk rumah, taman dan sukan.
- Gooten: Menawarkan akses kepada lebih daripada 50 pengeluar di lebih 70 lokasi.
Lebih banyak alat Shopify untuk perniagaan dropship
Perniagaan dropship di Shopify bukan sekadar bergantung pada aplikasi pembekal dan pembina kedai. Gunakan alat pemasaran, sokongan dan data Shopify untuk mengembangkan perniagaan dropship anda dan kekal berdaya saing.
Manfaatkan data pelanggan
Memahami pelanggan adalah penting untuk membantu anda membuat keputusan berdasarkan maklumat dan membentuk suara jenama yang menarik minat pelanggan. Analitik Shopify menyediakan lebih daripada 60 laporan terperinci yang memberikan gambaran tentang pengunjung laman web, jualan dan kempen pemasaran anda.
Gunakan laporan tersebut untuk mengetahui produk paling popular serta kandungan pemasaran yang mendorong pelanggan mengunjungi kedai anda.
Fahami khalayak sasaran anda dengan lebih baik menggunakan laporan Shopify untuk mendapatkan jawapan kepada soalan seperti:
- Apakah jenis kandungan pemasaran yang menarik minat khalayak saya?
- Produk manakah yang membuatkan pelanggan kembali membeli?
- Dari manakah pengunjung laman saya berasal dan apakah peranti yang digunakan oleh mereka?
- Apakah ciri produk yang paling penting bagi pelanggan saya?
- Apakah jenama yang menjadi pilihan khalayak saya?
Tingkatkan sokongan pelanggan
Penjual yang menjalankan perniagaan dropship menjadi pihak yang dihubungi pelanggan untuk mendapatkan sokongan pelanggan. Pengendalian permintaan sokongan yang kurang baik boleh menyebabkan ulasan negatif dan kadar pemulangan yang tinggi.
Jika anda menjalankan perniagaan dropship dengan produk dari luar negara yang mempunyai tempoh penghantaran lebih lama, maklumkan tarikh penghantaran yang dijangka dengan jelas untuk mengelakkan pelanggan kecewa. Profil penghantaran Shopify membantu anda mengenakan caj penghantaran yang tepat dan memberikan maklumat yang betul.
Masalah berulang berkaitan produk dan penghantaran mungkin menunjukkan bahawa anda perlu mencari pembekal baharu. Bersedia menghadapi kesilapan yang berlaku sekali-sekala dan sediakan tindakan yang merangkumi:
- Bertanggungjawab atas isu: Mohon maaf kepada pelanggan dan terangkan cara isu tersebut akan diselesaikan.
- Memberi pampasan kepada pelanggan: Tawarkan bayaran balik, pertukaran atau naik taraf produk.
- Melibatkan pembekal: Pembekal yang baik sepatutnya menanggung kos akibat kesilapan.
Tingkatkan sokongan pelanggan dengan menggunakan Shopify Inbox untuk menambah ciri sembang pada kedai anda. Mulakan perbualan dengan ucapan automatik, maklumkan pelanggan apabila anda tersedia dan susuli isu dengan mudah melalui e-mel.
Pertimbangkan untuk menambah ulasan pelanggan pada halaman produk menggunakan aplikasi bukti sosial. Bina kepercayaan dengan membolehkan pembeli melihat ulasan produk daripada pembekal pihak ketiga dan meninggalkan komen.
Jangkau pelanggan melalui pelbagai saluran
Dalam niche yang kompetitif, strategi pemasaran membantu anda menjangkau pelanggan sebelum pesaing anda.
Gunakan pelbagai saluran pemasaran seperti media sosial dan e-mel untuk mempromosikan jenama anda dan menarik pengunjung ke kedai anda.
E-mel
Apabila seseorang mendaftar untuk surat berita e-mel anda, ini menunjukkan bahawa mereka berminat dengan produk atau kedai anda. Gunakan Shopify Messaging untuk membina hubungan dengan bakal pelanggan melalui kandungan yang disesuaikan.
Pilih daripada pelbagai templat, gunakan penjenamaan dan produk dari kedai anda, serta tetapkan e-mel untuk dihantar secara automatik pada masa yang sesuai.
Pemasaran e-mel membolehkan anda terus berhubung dengan pelanggan. Uruskan e-mel anda dalam Shopify untuk melihat metrik yang berguna dan menambah baik mesej seterusnya.
Media sosial
Pemasaran media sosial ialah satu lagi cara untuk mengembangkan perniagaan anda. Iklan media sosial berbayar membolehkan anda menetapkan bajet mengikut kemampuan untuk mengawal kos. Bahagikan khalayak mengikut minat, tingkah laku dalam talian dan akaun yang mereka ikuti untuk menyasarkan pengguna yang lebih berkemungkinan berminat dengan produk anda.
Walaupun tanpa bajet pengiklanan, Shopify memudahkan anda menjual produk di media sosial. Pasang aplikasi Facebook dan Instagram untuk menyegerakkan inventori dan membuat siaran yang boleh dibeli supaya pelanggan boleh membeli produk secara terus.
Mulakan perniagaan dropship di Shopify hari ini
Mulakan dengan pantas dengan mencipta kedai Shopify dan menghubungkan aplikasi perniagaan dropship untuk mencari pembekal, menyesuaikan produk dan mengoptimumkan halaman produk anda.
Apabila perniagaan dropship anda berkembang, gunakan alat pemasaran dan data pelanggan Shopify untuk terus berhubung dengan pembeli dan mengukuhkan kedudukan anda dalam niche pilihan.
Daripada penjual baharu hingga peruncit global, Shopify sesuai untuk semua orang. Lihat pelan dan harga.
Soalan lazim tentang perniagaan dropship di Shopify
Adakah Shopify sesuai untuk perniagaan dropship?
Shopify ialah platform e-dagang yang popular untuk perniagaan dropship. Aplikasi perniagaan dropship yang direka untuk Shopify menghubungkan kedai anda dengan pembekal perniagaan dropship, membolehkan anda mengimport produk dan mengautomasikan pemenuhan pesanan.
Sejauh manakah keuntungan perniagaan dropship di Shopify?
Perniagaan dropship di Shopify boleh menguntungkan individu dan perniagaan. Oleh sebab produk hanya dibeli selepas pelanggan membuat pembelian, risiko lebihan stok atau inventori yang tidak terjual adalah rendah. Lazimnya, perbelanjaan termasuk kos pelan Shopify, nama domain dan pemasaran. Dengan pengurusan yang berkesan, kos ini boleh dikawal untuk memaksimumkan keuntungan.
Di manakah saya boleh mencari pembekal perniagaan dropship di Shopify?
Cari pembekal perniagaan dropship melalui Shopify App Store atau Shopify Collective, rangkaian pembekal terbina dalam Shopify. Pilihan percuma yang popular termasuk DropCommerce untuk pembekal di Amerika Utara, Syncee untuk jenama global dan AI Dropship untuk pembekal di AS dan EU. Hubungkan aplikasi pembekal dengan kedai anda untuk mengimport produk dan menghantar butiran pesanan kepada pembekal bagi pemenuhan pesanan.
Bolehkah saya menjalankan perniagaan dropship di Shopify tanpa inventori?
Anda tidak perlu membeli atau menyimpan inventori apabila menjalankan perniagaan dropship di Shopify. Rakan kongsi perniagaan dropship pihak ketiga akan menguruskan produk dan memenuhi pesanan yang anda hantar, kemudian menghantar produk terus kepada pelanggan.

