Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi usahawan produk dropship baharu ialah memilih produk untuk dijual. Keputusan perniagaan ini memberikan kesan jangka panjang terhadap jenama dan laman web anda.
Jika anda ingin tahu cara memulakan perniagaan dropship yang menguntungkan, fokus pada produk yang mendapat permintaan tinggi seperti yang dicadangkan dalam artikel ini.
150 produk dropship terbaik untuk dijual di Malaysia
Berikut ialah kategori produk dropship yang paling banyak dicari:
- Pakaian dan kasut
- Produk kecantikan dan penjagaan diri
- Kelengkapan dapur dan peralatan makan
- Produk bayi
- Bekalan haiwan peliharaan
- Hiasan rumah
- Produk pejabat
- Alat dan penambahbaikan rumah
- Aksesori telefon
- Aksesori kereta
Sama ada anda menjalankan perniagaan dropship yang menjual satu produk atau menawarkan pelbagai barangan dalam katalog, gunakan cadangan ini sebagai inspirasi untuk mengembangkan perniagaan anda.
Pakaian dan kasut

Pasaran runcit global bagi pakaian dan kasut kini bernilai $1.7 trilion (kira-kira RM7.2 trilion) dan dijangka menghampiri $2 trilion (kira-kira RM8.5 trilion) menjelang 2028. Dengan semakin ramai pengguna membeli pakaian secara dalam talian, usahawan dropship berpeluang besar memanfaatkan trend ini.
Niche produk dropship ini merangkumi beberapa kategori seperti pakaian wanita, pakaian lelaki, aksesori dan beg. Kemeja-T merupakan antara pilihan paling popular dalam kalangan usahawan dropship kerana reka bentuk baju boleh disesuaikan melalui pembekal pakaian dropship. Trend pakaian dan kasut mengikut musim turut membuka peluang untuk menjual pelbagai produk baharu, selain bekerjasama dengan pempengaruh bagi memasarkan barangan kepada khalayak yang tepat.
Produk dropship paling popular dalam kategori pakaian dan kasut:
- Kemeja-T berlengan pendek asas
- Kemeja-T gaya vintaj
- Baju tidur
- Baju tanpa lengan
- Kemeja peluh (Sweatshirt)
- Seluar yoga
- Baju senteng
- Kasut terompah
- Topi beanie
- Kemeja flanel
- Pakaian renang
- Pakaian santai (loungewear)
- Set pakaian sukan (sweatsuit)
- Sandal
- Kasut air
- Kimono bercorak bunga
- Seluar pendek larian cepat kering
- Bra tanpa wayar
- Seluar pendek multipoket
- Kasut santai
- Baju polo golf
- Seluar renang lelaki
- Gaun kemban
- Legging
Produk kecantikan dan penjagaan diri

Industri kecantikan yang merangkumi barangan penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan rambut, wangian dan penjagaan diri dianggarkan bernilai lebih daripada $758 bilion pada 2025 (atau kira-kira RM3.2 trilion). Walaupun produk konvensional menguasai 85% pasaran, pengguna juga semakin menunjukkan minat terhadap kosmetik vegan, organik, semula jadi dan mesra alam.
Dua kategori produk dropship yang semakin popular ialah:
- Penjagaan kulit semula jadi. Pasaran produk penjagaan diri dengan bahan semula jadi seperti ekstrak tumbuhan berkembang pada kadar tahunan 6.3%.
- Produk penjagaan rambut yang menyelesaikan masalah tertentu. Contohnya, syampu atau perapi untuk rambut bercabang, keguguran rambut atau kelemumur serta serum rambut untuk kulit kepala kering dan gatal.
Video berkaitan produk kecantikan dan penjagaan kulit sangat popular di TikTok, menjadikan kategori ini sesuai jika anda gemar menghasilkan kandungan seperti video "get ready with me" (GRWM) atau kandungan seumpamanya.
Produk dropship paling popular dalam kategori produk kecantikan dan penjagaan diri:
- Tampalan jerawat hidrokoloid
- Pupur muka hidrogel
- Tisu pembersih mekap
- Maskara tanpa ujian ke atas haiwan
- Pelindung matahari
- Minyak penjagaan kulit
- Pensel penggaris mata
- Losyen pelembap muka
- Gel pelembap mata
- Sabun mandian
- Kit rias kuku (press-on manicure)
- Span mandi (loofah)
- Botol saiz perjalanan
- Vitamin dan suplemen
- Berus asas solekan
- Penggulung rambut
- Jaring rambut
- Tuala dan tisu muka
- Alat dermaplaning
- Syampu, minyak dan suplemen pertumbuhan rambut
- Produk musin siput
- Topi bonet satin
- Penggelek muka
- Topeng silikon boleh guna semula
Kelengkapan dapur dan peralatan makan

Carian untuk produk dapur dan peralatan makan meningkat secara konsisten dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Dengan pertambahan bilangan orang bekerja dari rumah atau menghabiskan lebih banyak masa di rumah, kategori ini masih mempunyai ruang untuk berkembang. Kajian menunjukkan pasaran global bagi peralatan dapur bernilai lebih $31 bilion (atau kira-kira RM130.2 bilion) pada 2024 dan dijangka berkembang 4% setahun.
Beberapa tahun lalu, reaksi seorang kanak-kanak yang menerima tumbler tertebat keluli tahan karat sebagai hadiah Krismas menjadi tular di TikTok sehingga botol air edisi terhad habis terjual dengan cepat. Botol air boleh guna semula ialah produk dropship yang sangat sesuai kerana ringan, murah dan tersedia dalam pelbagai warna menarik.
Produk ini juga sesuai dipadankan dengan aksesori seperti tali botol air, acuan kiub ais untuk botol air silikon dan bekas bekal makanan. Anda juga boleh mereka bentuk botol air cetak atas permintaan atau menawarkan botol tersuai sebagai hadiah kembali ke sekolah atau perayaan.
Produk dropship paling popular dalam kategori barangan dapur dan peralatan makan:
- Tumbler keluli tahan karat
- Bekas bekal makanan gaya bento
- Penimbang dapur digital
- Termometer daging digital
- Dispenser minyak
- Bekas penyimpanan makanan
- Pencincang sayur
- Pengisar mudah alih
- Kapsul kopi
- Pengadun latte
- Penimbang dapur elektrik
- Pinggan kertas boleh kompos
- Penapis air
- Botol air boleh guna semula
- Perkakas silikon
- Penyusun dan storan dapur
- Botol penggoncang minuman protein
Produk bayi

Pasaran penjagaan bayi global dianggarkan bernilai $254.27 bilion pada 2025 (kira-kira RM1.07 trilion) dan dijangka mencecah $419.43 bilion (atau kira-kira RM1.76 trilion) menjelang 2032.
"Pengguna kini membelanjakan lebih banyak wang untuk setiap bayi setiap tahun kerana inovasi produk baharu", kata pengasas Babylist, Natalie Gordon dalam satu episod Shopify Masters. Babylist bermula sebagai platform senarai hadiah bayi dan kini menjalankan perniagaan dropship produk bayi.
Babylist mempromosikan produk dropship dengan menghasilkan kandungan berguna untuk khalayak ibu bapa baharu.
"Kami bercakap dengan orang yang membuat keputusan pembelian produk buat pertama kali," kata Natalie. "Anda mungkin tidak tahu apa itu tong lampin (diaper pail) apabila saya memberikan cadangan terbaik untuk produk tong lampin".
Trend semasa menunjukkan pengguna sangat berhati-hati ketika memilih produk bayi seperti makanan, penjagaan kulit atau peranti keselamatan. Jika anda bercadang untuk menjalankan perniagaan dropship produk bayi, perniagaan anda perlu mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai.
Produk dropship paling popular dalam kategori barangan bayi:
- Pakaian bayi organik
- Mainan tumbuh gigi
- Tisu lampin bayi hipoalergenik
- Tisu berasaskan air
- Lampin pakai buang
- Kipas kereta sorong bayi
- Termometer dahi tanpa sentuhan
- Berus botol (span)
- Mainan kunyah
- Beg penyimpanan susu ibu
- Mesin hingar putih
- Salap penyembuhan
- Kerusi penggalak
- Botol susu bayi
- Alat sedut hidung
- Pemanas botol
- Pemantau bayi
Bekalan haiwan peliharaan

Permintaan terhadap bekalan haiwan peliharaan kini berada pada paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun dengan jualan dianggarkan melebihi $157 bilion (kira-kira RM659 bilion) pada 2025. Pasaran bekalan haiwan peliharaan merangkumi pelbagai produk seperti pakaian, bekas makanan, kolar, pembawa haiwan dan snek.
Menjual produk haiwan peliharaan boleh menjana pelanggan berulang. Hal ini kerana, pemilik haiwan peliharaan memerlukan lebih daripada sekadar katil dan mangkuk air. Jika anda memulakan perniagaan produk haiwan peliharaan, pertimbangkan untuk menggabungkan produk anda dengan snek, mainan atau pakaian.
Jika anda sendiri seorang pemilik haiwan peliharaan, anda mungkin sudah memahami keperluan pemilik haiwan peliharaan lain. Satu strategi pemasaran mudah ialah memesan sampel produk dan menghasilkan kandungan video pendek yang menampilkan haiwan peliharaan anda.
Produk dropship paling popular dalam kategori bekalan haiwan peliharaan:
- Tali cawak anjing (rope leash)
- Beg najis kalis bocor
- Pad kencing haiwan
- Pasir kumbahan kucing
- Kebab belulang
- Penghapus kesan kotoran
- Suplemen haiwan peliharaan
- Snek
- Penghapus bau
- Mainan anjing
- Sangkar anjing
- Penanggal bulu haiwan
- Abah-abah
- Mangkuk makan perlahan (slow-feeder) untuk anjing
- Kunyahan probiotik
- Mainan rangsangan deria bau seperti tikar snuffle
- Snek kering satu bahan
- Pembalut pil
- Snek penjagaan gigi
- Tisu hipoalergenik
- Botol air haiwan peliharaan
Hiasan rumah

Perbelanjaan untuk hiasan dalaman, dekor dan perabot rumah dijangka mencecah $949 bilion (kira-kira RM3.98 trilion) menjelang 2032. Minat carian kekal stabil sepanjang tahun, biasanya mencapai kemuncak pada bulan Januari dan Julai.
Peruncit kecil dalam talian mempunyai kelebihan dalam produk hiasan dalaman kerana hampir semua orang memerlukan produk tersebut tetapi tidak semua orang mencari barangan yang sama. Hal ini menjadikan produk seperti sarung bantal atau permaidani sesuai untuk pemasaran niche.
Produk dropship paling popular dalam kategori hiasan rumah:
- Cadar linen
- Cadar mikrofiber
- Bantal
- Langsir halang cahaya (blackout)
- Penyangkut baju antigelincir
- Pengukus pakaian pegang
- Sarung bantal satin
- Bekas kain kotor
- Bingkai gambar
- Hiasan Krismas
- Fabrik kraf DIY
- Ambal
- Pasu seramik
- Langsir bilik mandi
Produk pejabat

Jika anda mempunyai pejabat di rumah, kemungkinan besar anda telah menyumbang kepada pasaran bernilai $18 bilion (kira-kira RM75.6 bilion) untuk bekalan pejabat ringan, yang kebanyakannya mudah didapati melalui aplikasi dan pembekal dropship seperti pen, pelapik meja, hiasan pejabat dan pen penanda papan putih.
Musim kembali ke sekolah biasanya melibatkan senarai keperluan yang perlu dibeli dengan tujuan untuk mendapatkan semua keperluan dalam satu pembelian sahaja. Menggabungkan set produk seperti pen, pensel, pen penanda, krayon, pemadam dan bekalan lain boleh menjadi cara untuk meningkatkan jualan. Selain itu, produk seperti pensel mekanikal menggunakan isian semula menggalakkan pembelian berulang dan membuka peluang untuk membina kesetiaan jenama.
Produk dropship paling popular dalam kategori bekalan pejabat:
- Kertas pencetak
- Buku nota
- Pita pembungkusan tahan lasak
- Kartrij dakwat
- Folder fail
- Pen gel
- Plastik gelembung
- Pensel mekanikal
- Pelapik meja jenis kulit
- Stapler
- Kotak storan
- Pelapik tetikus ergonomik
- Pen penanda papan putih
Alatan dan penambahbaikan rumah
Sama ada memasang lampu patio di halaman belakang atau membeli dispenserg sabun automatik untuk bilik mandi, ramai pengguna kini mencari idea dan tutorial penambahbaikan rumah di media sosial.
Pertimbangkan untuk memulakan saluran YouTube atau akaun TikTok bagi menunjukkan produk dan cara penggunaan produk ini. Kemudian, anda boleh menggunakan perdagangan sosial untuk menjual barangan terus melalui media sosial.
Produk dropship paling popular dalam kategori alat, barangan riadah dan penambahbaikan rumah:
- Plag pintar luar rumah
- Loceng pintu video
- Penderia gerakan
- Pintu skrin magnetik
- Kabel sambungan
- Rak
- Storan kasut
- Lampu payung patio
- Kerusi taman
- Peralatan perkhemahan
- Penapis udara
- Berus pembersih untuk gerudi elektrik
- Pelindung longkang silikon
- Tangga lipat
- Lampu solar luar rumah
Aksesori telefon

Produk seperti pelindung skrin dan selongsong telefon sentiasa mendapat permintaan yang biasanya meningkat semasa musim perayaan, cuti sekolah dan promosi jualan besar. . Pasaran untuk pelindung peranti sahaja dijangka mencecah $53 bilion (kira-kira RM222.6 bilion) menjelang 2030.
Aksesori telefon turut menawarkan peluang penggabungan produk. Contohnya, anda boleh menawarkan pakej “pencipta kandungan” yang merangkumi tripod, lampu cincin, skrin hijau dan peralatan lain.
Selain itu, anda juga boleh bekerjasama dengan pembekal pihak ketiga untuk menawarkan aplikasi cetak atas permintaan bagi membantu anda menghasilkan reka bentuk asli untuk pelanggan yang menghargai keunikan.
Produk dropship paling popular dalam kategori aksesori telefon:
- Lampu cincin
- Alat suai kuasa USB-C
- Pelindung skrin
- Selongsong kalis air
- Selongsong tersuai
- Pengecas mudah alih (power bank)
- Penggenggam telefon
- Pengecas telefon kereta
- Pelekap telefon
- Tongkat swafoto
- Stesen pengecasan tanpa wayar
Aksesori kereta

Pasaran aksesori kereta global dijangka mencecah $1.9 trilion menjelang 2028 (kira-kira RM7.98 trilion) dan minat carian terus meningkat secara konsisten dari tahun ke tahun.
Pembeli aksesori kereta ingin memastikan produk berfungsi dengan baik sebelum membuat pembelian. Menambahkan ulasan produk pada halaman anda boleh membantu mereka membeli dengan yakin.
Jika anda boleh menghasilkan video pendek yang menunjukkan cara produk anda meningkatkan keselesaan atau kecekapan kereta, strategi ini lebih berkesan untuk menarik pelanggan . Pertimbangkan video tutorial untuk mempromosikan barangan seperti bilah pengelap cermin depan atau video pembersihan kereta untuk menunjukkan pembersih vakum mudah alih.
Produk dropship paling popular dalam kategori aksesori kereta:
- Pembersih vakum mudah alih
- Bilah pengelap cermin depan
- Gel pembersih
- Kain pembersih mikrofiber
- Pelindung matahari untuk tingkap
- Pelapik lantai kereta
- Pemegang peranti
- Tong sampah kereta
- Perapi barangan kulit
- Sarung stereng
Cara mencari produk dropship terbaik
- AliExpress find products
- Amazon Best Sellers
- Google Trends
- Trend TikTok
- Laman beli-belah sosial
- Treendly
- WatchCount.com
Berikut ialah tujuh laman web dropship dan platform analitik untuk membantu anda mengenal pasti produk terlaris untuk perniagaan dropship. Platform-platform ini boleh digunakan untuk menilai permintaan pasaran dan mencari idea produk yang berpotensi. Anda juga boleh mencari dan menjual produk daripada jenama Shopify untuk mendapatkan barangan berkualiti daripada pembekal yang disahkan.
1. AliExpress find products

Ciri Find Products dalam suite perniagaan AliExpress membolehkan anda menyemak imbas produk dropship terlaris mengikut kategori atau melihat barangan paling popular pada hari tersebut.
2. Amazon Best Sellers

Halaman Amazon Best Sellers memaparkan produk dengan jualan tertinggi dalam kategori tertentu dan boleh membantu anda mencari produk dropship yang sedang menjadi trend untuk dijual di kedai anda. Anda juga boleh menjalankan perniagaan dropship dengan Amazon secara langsung.
3. Google Trends

Google Trends menganalisis populariti istilah carian dan topik tertentu. Anda boleh mencari istilah mengikut negara dan membandingkan istilah tersebut dengan topik lain untuk mengenal pasti produk popular yang boleh dijual.
4. Trend TikTok

Suapan Discover di TikTok membolehkan anda melihat pengalaman pengguna dengan produk yang baru dibeli. Jika anda mencari produk dropship yang unik, kreatif atau menghiburkan, semak video yang berkaitan dengan trend "TikTok made me buy it".
5. Laman web beli-belah sosial

Platform perdagangan sosial seperti Etsy dan Pinterest menawarkan pengalaman melayari produk yang menarik dari segi visual. Gunakan petunjuk sosial seperti tanda suka, kongsi dan komen untuk mengukur populariti produk.
6. Treendly

Treendly ialah alat untuk mengenal pasti produk yang sedang meningkat popular. Platform ini mengumpulkan data daripada pelbagai sumber termasuk Google Trends dan media sosial. Anda boleh menyemak trend mengikut kategori dan lokasi atau menetapkan amaran bagi produk atau niche tertentu.
7. WatchCount.com

WatchCount.com ideal untuk anda mencari idea produk di eBay. Gunakan alat ini untuk mendapatkan maklumat masa nyata tentang populariti produk.
Ciri-ciri produk dropship yang baik
- Harga
- Penetapan harga MAP
- Potensi pemasaran
- Peluang kenaikan penjualan
- Kadar pertukaran produk yang rendah
- Produk ringan
- Produk sukar didapati secara tempatan
Harga
Ramai pengguna berasa selesa membuat pembelian dalam talian bernilai $200 (kira-kira RM840) tanpa perlu berhubung dengan wakil jualan. Tetapi bagaimana pula dengan barangan bernilai $1,500 (kira-kira RM6,300) yang mereka tidak biasa? Pertimbangkan titik harga produk anda berdasarkan tahap perkhidmatan prajualan yang anda sediakan. Jika anda bercadang menjual barangan berharga tinggi, pastikan anda menawarkan sokongan pelanggan yang lebih peribadi dan menetapkan margin yang cukup tinggi untuk menampung kos tersebut.
Biasanya, julat $50 hingga $200 (kira-kira RM210 hingga RM840) dianggap “titik optimum” untuk memaksimumkan hasil kerana produk dalam julat harga ini tidak memerlukan sokongan jualan yang . Untuk barangan berharga rendah, sasarkan jumlah jualan yang lebih banyak. Manakala bagi barangan berharga tinggi, jumlah jualan yang lebih kecil masih mencukupi.
"Margin keuntungan anda boleh jadi sangat menarik, jadi anda tidak perlu menjual dalam kuantiti yang besar berbanding perlu menjual banyak unit untuk mencapai hasil yang sama dan saya sangat menyukai hal ini", kata usahawan dropship Kamil Sattar yang dikenali sebagai The Ecom King di YouTube dalam temu bual dengan Shopify Masters.
Satu kelemahan produk yang mahal ialah kos yang tinggi juga: sokongan pelanggan, pengiklanan, penghantaran dan pemulangan. Oleh sebab itu Kamil menasihatkan usahawan dropship baharu untuk bermula dengan barangan yang lebih murah sebelum beralih kepada barangan bernilai tinggi.
"Anda perlu kuasai kemahiran asas dengan menjual produk berisiko rendah terlebih dahulu, dan apabila sudah mahir, barulah beralih kepada produk berisiko lebih tinggi", kata Kamil.
Penetapan harga MAP
Sesetengah pengeluar menetapkan harga minimum yang diiklankan (MAP) untuk produk mereka. Harga lantai ini menghalang perang harga dan menyokong margin keuntungan yang munasabah. Mencari niche yang menggunakan penetapan harga MAP boleh memberi manfaat, terutamanya jika anda bercadang membina laman e-dagang bernilai tinggi dan penuh dengan maklumat. Apabila harga stabil, anda boleh bersaing berdasarkan kekuatan laman web anda tanpa perlu risau kehilangan perniagaan kepada pesaing yang menawarkan harga lebih rendah.
Potensi pemasaran
Mula fikirkan cara anda akan mempromosikan kedai sebelum pelancaran. Strategi yang boleh dipertimbangkan termasuk menerbitkan blog, memberikan sampel produk percuma dan menyertai komuniti dalam talian yang aktif berkaitan dengan produk anda.
Kamil sangat menyokong pemasaran organik di TikTok. Beliau mengesyorkan agar anda menghasilkan kandungan video pendek selama 30 hari sebelum memulakan akaun baharu untuk kedai dropship anda.
Peluang kenaikan penjualan
Secara amnya, aksesori berharga rendah mempunyai margin keuntungan yang lebih tinggi berbanding barangan yang lebih mahal. Contohnya, kedai telefon bimbit mungkin hanya memperoleh keuntungan sekitar 5% daripada telefon pintar terbaharu tetapi boleh menjana margin keuntungan antara 100% hingga 200% daripada selongsong telefon yang dijual bersama. Sementara itu, produk digital boleh menjana margin keuntungan yang lebih tinggi lagi.
Ketika memilih produk, pertimbangkan peluang kenaikan penjualan atau jualan silang.
"Anda boleh menukar kedai dropship anda menjadi model hibrid dengan menggunakan cetak atas permintaan sebagai jualan silang yang menarik", kata Kamil. "Contohnya, seseorang datang ke kedai dropship saya dan membeli meja pejabat, kenapa tidak tawarkan pad tetikus yang ditempah khas?"
Pembeli mungkin sedang membandingkan harga meja tetapi mereka tidak akan mencari pilihan paling murah untuk pad tetikus secara berasingan. Mereka lebih cenderung tertarik dengan kemudahan untuk membeli pad tetikus sekali bersama pesanan meja tersebut.
Kadar pertukaran produk yang rendah
Melabur dalam laman web berkualiti boleh memberikan pulangan yang besar. Namun, jika produk yang anda jual kerap bertukar, penyelenggaraan laman tersebut memerlukan usaha berterusan. Untuk memaksimumkan pulangan daripada pelaburan laman web anda, fokus pada barangan kos rendah yang tidak dikemas kini dengan model baharu setiap tahun seperti alat atau produk penjagaan diri.
Produk ringan
Dalam dunia yang sering menjangkakan penghantaran percuma, menjual barangan besar dan berat boleh meningkatkan kos penghantaran. Semakin kecil dan ringan sesuatu produk, semakin rendah kos penghantaran yang perlu ditanggung.
Produk sukar didapati secara tempatan
Menjual produk yang sukar didapati dalam pasaran tempatan boleh meningkatkan peluang kejayaan anda. Kebanyakan orang yang memerlukan cangkul atau penyiram tanaman boleh mendapatkan barangan ini di kedai perkakasan berhampiran. Namun, jika mereka mencari produk niche seperti kostum kesatria zaman pertengahan atau peralatan latihan falcon, mereka lebih cenderung membeli secara dalam talian.
Adakah perniagaan dropship masih menguntungkan?
Perniagaan dropship ialah kaedah pemenuhan pesanan, jadi kaedah ini tidak secara automatik menjadikan perniagaan lebih atau kurang menguntungkan. Sebaliknya, keuntungan perniagaan dropship bergantung pada faktor seperti kualiti dan daya tarikan produk yang anda jual, strategi penetapan harga, usaha pemasaran dan pengalaman pelanggan yang ditawarkan termasuk pengalaman membeli-belah di kedai dan kebolehpercayaan penghantaran.
Bagi perniagaan dropship yang mempunyai strategi yang berkesan dalam aspek-aspek ini, terdapat potensi untuk menjana keuntungan yang tinggi. Pasaran dropship global dianggarkan bernilai $351.8 bilion pada 2024 (kira-kira RM1.48 trilion), dengan pakar menjangkakan pertumbuhan pada kadar purata tahunan sekitar 24.39% sehingga 2026, apabila nilai pasaran boleh melebihi $500 bilion (kira-kira RM2.1 trilion).
Jika anda menggunakan model perniagaan dropship, laburkan dalam aspek perniagaan yang berikut bagi meningkatkan peluang untuk kekal menguntungkan.
Kualiti produk
Pilih produk yang mempunyai permintaan tinggi dan menarik minat pelanggan. Menjual barangan yang mudah didapati dalam pasaran biasanya tidak akan menguntungkan.
Luangkan masa untuk membuat kajian pasaran anda bagi memahami produk yang dikehendaki orang ramai, ciri yang paling penting bagi mereka dan jurang dalam pasaran. Proses ini juga dikenali sebagai mencari niche.
Setelah mengenal pasti niche, fokus untuk memahami ciri produk yang paling dihargai oleh khalayak anda. Contohnya, peniaga dropship, John Murphy membina perniagaan bernilai $3 juta (kira-kira RM12.6 juta) dengan menjual e-basikal tahan lasak kepada pemburu, walaupun beliau sendiri tidak pernah menunggang e-basikal.
Kedai beliau, eBike Generation, menyasarkan keperluan khusus kumpulan pelanggan e-basikal ini. Dengan memahami bahawa pemburu mengutamakan ciri seperti binaan yang tahan lasak, motor yang senyap, dan hayat bateri yang panjang, John berjaya menyesuaikan tawaran produknya.
"Pada mulanya sangat menakutkan apabila saya perlu mengecilkan lebih 90% daripada bakal pelanggan saya", kata John dalam temu bual dengan Shopify Masters. "[Tetapi] cara ini benar-benar mengubah segalanya kerana semuanya menjadi lebih mudah—pemasaran, e-mel, mesej di laman web semuanya tertumpu pada cara e-basikal boleh meningkatkan pengalaman memburu anda. Dan para pemburu benar-benar tertarik dengan produk tersebut".
Penetapan harga dan margin
Setelah mengenal pasti produk yang dihargai oleh khalayak anda, langkah seterusnya ialah menghubungi pembekal dropship yang boleh menyediakan barangan tersebut.
Mencari pembekal hanyalah satu bahagian daripada proses; anda juga perlu mendapatkan harga yang membolehkan anda kekal berdaya saing sambil mengekalkan margin keuntungan. Pertimbangkan untuk mendapatkan produk daripada jenama Shopify yang disahkan bagi mendapatkan margin dan kebolehpercayaan penghantaran yang lebih baik. Platform seperti CJ Dropshipping (yang mempunyai gudang di Asia) serta pembekal dari China dengan pilihan penghantaran serantau biasanya sesuai untuk pasaran Malaysia kerana menawarkan kos yang lebih rendah dan masa penghantaran yang lebih cepat ke Malaysia.
Margin keuntungan untuk perniagaan dropship biasanya lebih rendah berbanding perniagaan runcit konvensional. Apabila pemenuhan pesanan dikendalikan oleh pembekal, peniaga dropship tidak mendapat harga borong yang lebih murah kerana setiap pesanan diproses secara individu. Pelbagai sumber dalam talian termasuk laman web statistik e-dagang dan thread perniagaan dropship di Reddit mencadangkan margin keuntungan tipikal bagi peniaga dropship adalah antara 10% hingga 40%.
Pengalaman pelanggan
Walaupun mempunyai produk dan harga yang sesuai, perniagaan dropship anda hanya akan menguntungkan jika anda menawarkan pengalaman membeli-belah yang menggalakkan pelanggan membuat pembelian, antaranya menyertakan maklumat yang jelas tentang produk dan penghantaran.
Contohnya, peniaga dropship Tze Hing Chan yang mengasaskan kedai dropship Subtle Asian Treats. Tze hanya mula melihat keuntungan setelah beliau fokus pada penambahbaikan halaman produk. Beliau mempertingkat foto produk dan menulis penerangan yang menarik.
Tze juga mengutamakan ketelusan sepanjang proses pembelian. Halaman produk di kedainya menyertakan butiran tentang polisi penghantaran, tempoh penghantaran dan asal usul produk yang membantu pelanggan memahami jangkaan dengan lebih jelas.
Pemasaran
Akhir sekali, perniagaan dropship lebih berpotensi untuk menjana keuntungan jika dapat menarik aliran trafik yang relevan dan konsisten ke laman web. Pelaburan dalam pemasaran berbayar seperti iklan digital, pemasaran pempengaruh dan pemasaran afiliasi boleh membantu meningkatkan kesedaran tentang produk anda dan menjana trafik ke kedai anda.
Strategi pemasaran organik seperti penulisan blog dan pembinaan saluran media sosial juga boleh menarik pengunjung sambil membantu memantapkan jenama kedai anda.
Membina perniagaan dropship yang berjaya secara dalam talian
Perniagaan dropship ialah model perniagaan yang berisiko rendah dan fleksibel. Melakukan kajian terhadap produk yang sesuai, menyediakan pelan pemasaran strategik dan membina laman e-dagang yang baik merupakan antara langkah yang boleh anda gunakan untuk meningkatkan peluang kejayaan anda.
Sama ada penjual baharu atau peruncit global, Shopify sesuai untuk semua. Lihat pelan dan harga.
Soalan lazim produk dropship terbaik
Apakah produk dropship terbaik?
- Pakaian dan kasut
- Produk kecantikan dan penjagaan diri
- Kelengkapan dapur dan peralatan makan
- Produk bayi
- Bekalan haiwan peliharaan
- Hiasan rumah
- Produk pejabat
- Alat dan penambahbaikan rumah
- Aksesori telefon
- Aksesori kereta
- Aksesori telefon bimbit
Adakah perniagaan dropship menguntungkan?
Margin keuntungan perniagaan dropship biasanya lebih rendah berbanding model perniagaan runcit lain kerana peruncit perlu membayar pembekal yang menguruskan, menyimpan dan menghantar pesanan pelanggan. Walau bagaimanapun, ciri perniagaan dropship yang tidak memerlukan pengendalian langsung juga bermakna peruncit biasanya beroperasi dengan kos overhed yang rendah. Perniagaan dropship yang berjaya memproses jumlah pesanan yang tinggi boleh menjadi sangat menguntungkan.
Apakah pembekal dropship yang terbaik?
Untuk penghantaran yang lebih pantas di Asia Tenggara termasuk Malaysia, anda boleh pertimbangkan pembekal atau platform yang mempunyai gudang serantau atau rangkaian penghantaran yang lebih dekat, bagi mengurangkan masa penghantaran kepada pelanggan.
Untuk capaian global, platform seperti Syncee menyediakan akses kepada lebih 12,000 jenama antarabangsa yang boleh dihantar ke pelbagai negara. Manakala Shopify Collective pula ialah rangkaian pembekal terpilih oleh Shopify, sesuai untuk menjual produk daripada jenama Shopify yang sudah kukuh dengan penghantaran yang lebih dipercayai serta kawalan kualiti yang lebih baik.
Bolehkah saya menjana $10,000 (kira-kira RM45,000) sebulan melalui perniagaan dropship?
Ya, anda boleh menjana $10,000 (kira-kira RM45,000) sebulan melalui perniagaan dropship tetapi memerlukan pemilihan produk yang strategik, pemasaran yang berkesan dan usaha yang konsisten. Faktor kejayaan termasuk memilih produk dengan margin keuntungan yang sihat (biasanya sekitar 15-30% untuk perniagaan dropship), menjana trafik yang mencukupi ke kedai anda dan mengoptimumkan kadar penukaran. Kebanyakan peniaga dropship yang berjaya biasanya bermula dengan pendapatan bulanan yang lebih rendah sambil membina pangkalan pelanggan dan memperbaiki pendekatan mereka. Fokus pada menyelesaikan masalah sebenar pelanggan, membina hubungan pembekal yang boleh dipercayai dan melabur semula keuntungan dalam saluran pemasaran yang terbukti berkesan untuk meningkatkan pendapatan anda dari semasa ke semasa.
Berapakah purata margin keuntungan untuk perniagaan dropship?
Margin keuntungan perniagaan dropship biasanya antara 10% hingga 40%, bergantung pada niche, strategi penetapan harga dan kecekapan operasi anda. Produk dengan margin lebih tinggi biasanya merangkumi barangan niche dengan persaingan yang rendah, aksesori dan produk yang menyelesaikan masalah tertentu. Margin yang lebih rendah lazimnya dikaitkan dengan produk yang sudah terlalu umum dan sangat kompetitif. Untuk meningkatkan margin keuntungan, anda boleh: rundingkan kadar yang lebih baik apabila perniagaan berkembang; fokus pada produk dengan cadangan nilai unik; gabungkan barangan pelengkap; dan optimumkan perbelanjaan pengiklanan anda. Produk premium (dalam lingkungan harga RM210–RM840) sering memberikan margin keuntungan yang lebih baik walaupun peratusan sama seperti produk yang lebih murah.
Berapa lama tempoh penghantaran barangan dropship?
Masa penghantaran barangan dropship di Malaysia bergantung pada lokasi pembekal dan kaedah penghantaran yang digunakan. Jika menggunakan pembekal dalam Malaysia atau gudang serantau (Asia Tenggara), penghantaran biasanya mengambil masa sekitar 1–5 hari bekerja. Untuk pembekal dari China atau platform antarabangsa seperti AliExpress, masa penghantaran boleh mengambil sekitar 7–21 hari bergantung pada kaedah penghantaran yang dipilih. Penghantaran ekspres boleh mempercepatkan tempoh ini. Untuk mengurus jangkaan pelanggan, anda boleh: menyatakan dengan jelas anggaran masa penghantaran pada halaman produk; menawarkan pilihan penghantaran standard dan ekspres, menggunakan pembekal dengan gudang yang lebih dekat (Malaysia atau SEA) untuk penghantaran lebih pantas.
Apakah kesilapan terbesar yang perlu dielakkan dalam perniagaan dropship?
Kesilapan perniagaan dropship yang biasa dilakukan antaranya: memilih pembekal yang tidak boleh dipercayai tanpa menguji kualiti produk dan tempoh penghantaran terlebih dahulu; memilih produk yang terlalu kompetitif dengan margin yang sangat kecil; tidak menyatakan maklumat tempoh penghantaran dengan jelas kepada pelanggan; mengabaikan perkhidmatan pelanggan dan pengurusan pemulangan; tidak menguji produk sebelum disenaraikan untuk jualan.
Adakah saya memerlukan lesen perniagaan untuk memulakan perniagaan dropship?
Keperluan lesen perniagaan untuk perniagaan dropship di Malaysia bergantung pada struktur dan skala perniagaan anda. Anda digalakkan untuk mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk beroperasi secara sah. Keperluan berbeza mengikut jenis entiti perniagaan yang anda pilih sama ada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sendirian berhad. Sesetengah pembekal memerlukan bukti pendaftaran perniagaan sebelum bekerjasama dengan anda. Mulakan dengan menyemak keperluan khusus di laman web SSM atau agensi berkaitan. Anda juga boleh menyemak panduan permulaan perniagaan dropship Shopify di sini untuk memahami keperluan undang-undang secara terperinci.

