Shopify berbanding dengan BigCommerce

Shopify menawarkan kos yang lebih rendah dan pelaksanaan lebih pantas berbanding dengan BigCommerce

Antara ciri penukaran yang mantap, kecekapan kos dan inovasi perintis pasaran, semua data tersebut telah mendorong kepada satu kesimpulan: Shopify mendahului persaingan dalam dunia perdagangan.

Sertai pergerakan ke arah era baharu yang jauh lebih baik

Beralihlah kepada alat perdagangan dan halaman pembayaran yang memacu penukaran paling berkesan di dunia—hanya tersedia pada platform perdagangan disatukan Shopify.
  • Skullcandy
  • Natori
  • Larq
  • Spiceology
  • Face to Face Games
  • Jeni's Splendid Ice Creams
  • Savannah Bee Company
  • Lull
  • Young Nails
  • Liard Superfood
  • Crossrope
  • Grace & Lace
  • Revel Nail
  • Revelry
  • True Linkswear
  • Diamond Tool Store
  • Positive Grid

Kenapa Shopify

Empat sebab jenama beralih

  1. 1
    Lebih daripada 14% bahagian pasaran e-dagang AS

    Di lebih 175 buah negara, berjuta-juta perniagaan mempercayai bahawa Shopify mampu melonjakkan prestasi perniagaan mereka ke tahap yang menakjubkan.

  2. 2
    Penukaran pembayaran hingga 12% lebih baik berbanding dengan BigCommerce

    Proses pembayaran pada Shopify berkeupayaan menukarkan transaksi 12% dengan lebih baik berbanding dengan BigCommerce.

  3. 3
    Kos pelaksanaan 88% lebih tinggi menggunakan BigCommerce, secara purata

    Tawaran kos jumlah pemilikan (TCO) daripada Shopify adalah 31% lebih baik daripada BigCommerce.

  4. 4
    150+ kemas kini pada setiap enam bulan

    Shopify jauh mendahului jenama lain, dalam usaha memperkenalkan ciri perintisnya, secara konsisten serta pada kekerapan yang tinggi.

Lebih daripada 14% bahagian pasaran e-dagang AS

Shopify telah menjadi platform yang diiktiraf sebagai standard

Daripada ekosistem rakan kongsi yang luas sehinggalah pelaburan meluas dalam perdagangan global, Shopify mendahului perlumbaan perdagangan. Shopify mempunyai lebih daripada 14% bahagian pasaran e-dagang AS dan jutaan pedagang di lebih 175 negara.⁸

Pelaburan untuk masa hadapan

Perdagangan yang dibina agar mampu bertahan lebih lama

Syarikat perniagaan yang mempercayai keupayaan Shopify amat yakin dengan matlamat kemampanan jangka panjang kami, liputan ekosistemnya yang meluas, di samping prospek pelaburan masa hadapan perdagangan. Shopify telah membuktikan kehebatannya selaku jenama pelopor pasaran, yang menjanjikan pengalaman perkhidmatan sokongan serta tahap pertumbuhan yang tiada tandingan untuk jenama di seluruh dunia.
Shopify
2,380
BigCommerce
1,237

Ekosistem rakan kongsi*

Rangkaian rakan kongsi kami tiada tandingannya.
Shopify
21,000+
BigCommerce
1,208

Ekosistem aplikasi

Kami membantu para pelanggan kami untuk bergiat dengan lebih giat, mengembangkan perniagaan mereka dan menjual secara lebih meluas.
Shopify
8,300+
BigCommerce
1,000+

Pekerja†

Kami diyakini berkemampuan untuk memacu industri perdagangan untuk jangka masa panjang.
Shopify
Berjuta-juta
BigCommerce
Puluhan Ribu

Pedagang†

Lebih ramai pedagang di seluruh dunia meletakkan kepercayaan terhadap Shopify.

*Kiraan rakan kongsi setakat 24 April 2024. Sumber adalah berdasarkan direktori rakan kongsi BigCommerce dan direktori rakan kongsi Shopify (termasuk Rakan Kongsi Plus dan Rakan Kongsi Perkhidmatan bukan Plus).

†Bilangan pekerja dan pedagang setakat 24 April 2024. Sumber adalah berdasarkan laman web BigCommerce dan Shopify.

Di barisan hadapan ekonomi

Biarkan angka yang berbicara

Berbekalkan angka pelanggan yang mencecah berjuta-juta orang berserta pertumbuhan pasaran yang stabil, Shopify kini mendahului pasaran dengan menguasai pegangan pasaran.

Dapatkan audit kelajuan laman khusus untuk anda

Secara purata, laman kedai Shopify dijana 1.4 kali lebih pantas berbanding dengan laman kedai BigCommerce, manakala kelajuan pelayan Shopify adalah 1.9 kali lebih pantas. Lebih banyak kedai Shopify dinilaikan pantas juga: 93%, berbanding dengan 80% kedai BigCommerce. Dapatkan laporan diperibadikan yang membandingkan kelajuan laman dan kelajuan pelayan anda dengan tanda aras industri dan juga pesaing.

Dapatkan laporan tersuai anda
Graf perbandingan kelajuan laman

21,000+ aplikasi dalam Shopify App Store

Usaha pembinaan bersama para pakar

Usaha bagi memperluas tahap keupayaan platform perdagangan anda amatlah penting; ekosistem teknologi dan aplikasi terkemuka kami ini memberikan jalan yang mudah kepada jenama untuk mencapai matlamat tersebut. Pemilihan Shopify bermakna peluang memperoleh akses secara langsung kepada rangkaian jurutera bertaraf dunia yang berdedikasi membangunkan platform bagi memenuhi keperluan unik perniagaan anda, yang terbukti hebat dari segi saiz perangkaian dan tahap pengalaman.

21,000+ aplikasi untuk membantu anda membina

Shopify menawarkan hampir 6 kali ganda bilangan aplikasi, lalu memberikan lebih banyak pilihan kepada mana-mana jenama yang mula berkembang melangkaui fungsi asli tersebut. Tambahan pula, Shopify terlebih dahulu mempelopori pasaran berbanding dengan BigCommerce dalam menguasai penyepaduan aplikasi dan saluran baharu seperti TikTok, Snapchat, YouTube Selling, Microsoft Advertising dan banyak lagi.

Jualan antarabangsa

Jangan hanya kembangkan sayap—perluaskan taklukan anda pada peringkat global

Shopify banyak membantu pelbagai perniagaan berskala besar untuk menyebarkan pengaruh pasaran mereka ke lebih 150 buah negara dengan begitu mudah melalui Markets. Kelebihan inovasi ciri asli Shopify ini menyokong kemudahan urusan jualan antarabangsa anda bagi menampung keupayaan proses secara terangkum seperti pengiriman, pungutan duti, kaedah pembayaran tempatan serta perlindungan penipuan. Keupayaan sedemikian yang seangkatan di pasaran BigCommerce sangat menuntut penggunaan aplikasi pihak ketiga.

Penukaran pembayaran hingga 12% lebih baik berbanding dengan BigCommerce

Platform Shopify menjanjikan tawaran penukaran jualan yang lebih baik berbanding dengan BigCommerce

Halaman pembayaran Shopify mempunyai kadar penukaran 12% lebih tinggi berbanding dengan halaman pembayaran BigCommerce, secara purata. Walau bagaimanapun, hasil penilaian daripada pihak pelanggan kamilah yang membuktikan kehebatan halaman pembayaran kami yang sebenar—umpamanya pelanggan kami, iaitu Crossrope. Jenama ini melaporkan lonjakan kadar penukaran sebanyak 24% selepas beralih daripada BigCommerce kepada Shopify. Sementara itu, jenama Lull, yang juga pernah menjadi pelanggan BigCommerce, melaporkan peningkatan penukaran sebanyak 14% sewaktu sesi promosi Black Friday Cyber Monday sahaja.

+12%

Shopify menukarkan transaksi 12% lebih berkesan berbanding dengan BigCommerce

Penukaran pembayaran

Proses pembayaran pada Shopify memang tidak dinafikan lagi kualitinya

Jenama yang beralih daripada BigCommerce kepada Shopify berpeluang merasai pengalaman proses pembayaran satu klik yang boleh disesuaikan. Sememangnya menjadi keputusan yang paling mudah untuk bertukar kepada Shopify memandangkan platform ini menawarkan pengalaman kelajuan proses pembayaran terunggul dan penukaran lebih 12% jika dibandingkan dengan BigCommerce.

Shop Pay melonjakkan penukaran hingga 50% berbanding dengan pembayaran tetamu

Shopify memecut pertumbuhan hasil anda

Shopify dibangunkan untuk membantu meningkatkan rentak pecutan anda di luar jangkaan. Berbekalkan sifat platform Shopify yang bersifat asli, sistem ini menyertakan alat pendorong tahap pertumbuhan canggih bagi tujuan pecutan hasil seperti Shop Pay, aplikasi Shop dan Shopify Audiences, dan rangkaian produk inovatif ini hanya tersedia secara eksklusif pada platform Shopify.

*Shop Pay tidak tersedia di semua pasaran

20%Pertumbuhan tahun ke tahun bagi Grace and Lace selepas bermigrasi daripada BigCommerce kepada Shopify

90%Peningkatan hasil bagi Crossrope selepas beralih kepada Shopify

Pelanggan pasti akan membayar dengan adanya Shop Pay

Shop Pay juga mampu meningkatkan penukaran hingga 50% berbanding dengan proses pembayaran sebagai tetamu. Malah, 2 daripada 3 pembeli akan memilih Shop Pay sewaktu pembayaran. Perkara yang agak mendukacitakan—penawaran tersebut tidak tersedia pada BigCommerce.

*Shop Pay tidak tersedia di semua pasaran

Perluasan hasil

Bersama Shopify, terdapat banyak penawaran sumber aliran pendapatan baharu untuk diterokai—semuanya boleh diakses dengan begitu lancar

Penyelesaian perdagangan daripada Shopify membolehkan anda melakukan kesemua aktiviti tersebut yang dijayakan dalam platform yang disatukan. Lantas, walau bagaimanapun kaedah yang anda pilih untuk menjual rangkaian produk kepada pangkalan pelanggan anda—sama ada merangkumi B2B, peruncitan fizikal, jualan sosial ataupun saluran jualan lain—Shopify bersedia memenuhi segenap keperluan anda.

550%Pertumbuhan jualan suku ke suku bagi Laird Superfood

$50K+Penjimatan B2B tahunan bagi Laird Superfood selepas beralih kepada Shopify

Satukan aktiviti jualan D2C, peruncitan dan B2B anda

Shopify POS dan Shopify B2B menyepadukan pengalaman dalam talian, peruncitan fizikal dan pemborongan dengan lancar—lantaran itu, anda boleh mengakses rekod pelanggan dan mengemaskinikan inventori dalam masa nyata—dari mana-mana pun jua tapak anda menjual barangan. Sebaliknya, BigCommerce bergantung pada aplikasi dan sistem pihak ketiga untuk tawaran B2B dan POS dan perkara ini berpotensi mendatangkan cabaran dalam aspek pengurusan bahagian belakang, sekali gus mengakibatkan pengalaman pengguna yang terpisah-pisah.

Kos pelaksanaan 88% lebih tinggi menggunakan BigCommerce, secara purata

Dapatkan lebih banyak nilai bersama Shopify

Tawaran kos jumlah pemilikan Shopify (TCO) adalah 31% lebih baik berbanding tawaran daripada BigCommerce, secara purata. Bermula daripada penawaran keupayaan perusahaan asli yang mantap sehinggalah kepada ciri platform bahagian hadapan dan bahagian belakang yang dipermudahkan, Shopify telah menjadi platform pilihan yang terbaik untuk para peniaga yang ingin meningkatkan kecekapan operasi mereka.

Saksikan penjimatan TCO anda bersama Shopify

Gunakan kalkulator TCO kami untuk mendapatkan pandangan terperinci ke atas kos anda berbanding dengan penjimatan yang ditawarkan oleh Shopify.
Pergi ke kalkulator

TCO bagi Shopify adalah 31% lebih baik berbanding dengan BigCommerce

Berbanding dengan Shopify, BigCommerce mempunyai ciri berikut:

88%Purata kos pelaksanaan dan persediaan yang lebih tinggi

32%Purata yuran platform dan kos tindanan e-dagang yang lebih tinggi

21%Purata kos operasi dan sokongan yang lebih tinggi

Lebih banyak keupayaan sedia guna

Lebih jimat tanpa menjejaskan keperluan perniagaan

Pelanggan kami mempunyai ciri penting yang sedia ada untuk mereka, seperti promosi, pembarangan dan analisis. Ini bermakna bahawa dengan Shopify, anda tidak perlu risau tentang penyesuaian yang memerlukan sokongan tambahan daripada pembangun. Tambahan pula, anda tidak perlu membayar lebih untuk aplikasi pihak ketiga, palam masuk atau penyepaduan bagi meneruskan operasi perniagaan anda.

Pelaksanaan yang lancar

Manfaatkan instans perdagangan anda sebaik mungkin

Dari segi pelaksanaan, ketersediaan pasukan yang mahir amat penting untuk menjimatkan masa dan wang. Pelanggan Shopify mendapat manfaat daripada sistem bahagian belakang yang mesra pembangun serta mempunyai akses kepada himpunan bakat pembangun yang ramai untuk memenuhi keperluan unik mereka. Inilah sebab utama proses persediaan laman kedai baharu pada Shopify adalah 36% lebih pantas berbanding dengan pada BigCommerce dan juga sebab kos pelaksanaan pada Shopify adalah lebih baik secara purata.

Lebih banyak penukaran

Raih lebih banyak hasil

Kadar penukaran Shopify adalah 12% lebih tinggi daripada BigCommerce secara purata. Ini ialah nilai yang mungkin anda lepaskan jika anda memilih BigCommerce dan bukannya Shopify.

150+ kemas kini pada setiap enam bulan

Kadar pecutan inovasi Shopify ternyata tiada bandingannya

Jika mahukan ciri yang inovatif, anda perlu menyertai platform perdagangan yang terbukti paling fleksibel dan menawarkan kelebihan prestasi terbaik di peringkat global. Anda akan diutamakan dalam mendapat akses kepada barisan tawaran produk perdagangan inovatif bertaraf dunia sebaik sahaja anda mula membina perniagaan dengan Shopify.

Ke-1Menguasai pasaran menerusi tawaran produk, ciri dan penyepaduan asal

200+Peningkatan produk dan kemaskinian

Perdagangan menyeluruh

Usaha menumpukan matlamat perdagangan merangkumi landskap berskala besar

Skala sangat penting bagi jenama yang kian berkembang dan platform tangkas Shopify mendominasi pasaran jualan e-dagang di serata dunia. Dengan keupayaan pembayaran pada Shopify yang mengendalikan 40,000 pembayaran seminit tanpa sebarang masalah, kedai anda bebas melayani apa-apa jua lonjakan mendadak trafik pelanggan dengan mudah.

Pelaburan Shopify dalam R&D

Kami tetap berpegang pada misi kami untuk memperbaik perdagangan bagi semua orang. Shopify telah melaburkan berbilion-bilion dolar dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), sedangkan BigCommerce hanya membelanjakan berjuta-juta dolar. Komitmen kami terhadap inovasi inilah sebab syarikat besar meletakkan kepercayaan mereka kepada Shopify.

Bilion berbanding dengan jutaShopify melaburkan berbilion-bilion dalam R&D untuk menambah baik platform bertumpukan pelanggan kami, sedangkan BigCommerce hanya melaburkan berjuta-juta.

Kadar peningkatan inovasi

Shopify membawa pembaharuan dalam rentak pecutan inovasi

Kami tidak pernah berhenti berinovasi.
150+ kemas kini diperkenalkan setiap enam bulan.

Terokai Shopify Editions

Tembusi pasaran lebih pantas menggunakan alat pertumbuhan asli

Shopify pantas berinovasi dengan produk natif yang tersedia pada platform seperti Shop Pay, aplikasi Shop, Shopify Audiences, SPI, Collabs dan ciri seperti beli sekarang, bayar kemudian—semuanya direka bentuk dengan matlamat untuk menambah baik kadar penukaran dan menjana lebih banyak hasil untuk perniagaan anda.

Di Shopify, produk akan sentiasa ditambah baik

Teras utama pada Shopify ialah penambahbaikan, hasil usaha ribuan jurutera yang mengoptimumkan ciri sedia ada. Sejak tahun 2020, Shopify telah melancarkan lebih 800 ciri dan penambahbaikan yang penting—yang semuanya telah didokumenkan dalam log perubahan pembangun.

*Shop Pay tidak tersedia di semua pasaran

Direka bentuk secara intuitif

Automasi berkuasa berserta aliran kerja semuanya kini di hujung jari

Shopify memperkasakan para pengguna anda untuk mengoptimumkan bahagian belakang perniagaan anda menerusi alatan seperti Shopify Flow dan Shopify Launchpad. Alat termaju ini direka bentuk untuk mengautomasikan aliran kerja yang disesuaikan dengan keperluan khusus anda serta memudahkan proses penjadualan kempen jualan, pelepasan produk mahupun promosi jualan.

Lakukan analisis sepenuhnya tanpa birokrasi

Analisis lanjutan Shopify membolehkan anda melihat data analisis anda dalam masa nyata. Ini termasuklah alat pertanyaan terbina dalam pada bahagian kawalan pentadbir yang membantu para pembangun menghasilkan pertanyaan tersuai, dan pertanyaan tersebut boleh digunakan oleh pasukan anda untuk menyempurnakan tugas dipacu data. Penjejakan dipermudahkan dengan adanya laporan prabina daripada ShopifyQL Notebooks atau Google Analytics, yang dipaparkan terus pada papan pemuka Shopify.

Pengesahan penganalisis

Para pakar telah sepakat membuat keputusan—mereka memilih Shopify

2025 Leader in Gartner® Magic Quadrant™
Peneraju 2025 dalam Gartner® Magic Quadrant™
Logo GARTNER® MAGIC QUADRANT™

Gartner® Magic Quadrant™

Shopify ialah Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2025 untuk Perdagangan Digital

Shopify dinamakan sebagai Peneraju bagi tahun ketiga berturut-turut dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2025 untuk Perdagangan Digital, dan berada di kedudukan tertinggi untuk Kebolehan Melaksana.
Baca laporan ini 

3 November 2025

Logo Forrester

Forrester

Shopify ialah Peneraju dalam Forrester Wave™ 2024: Penyelesaian Perdagangan untuk B2B

Shopify menerima skor tertinggi yang mungkin dalam kriteria termasuk Inovasi, Kehadiran Pasaran dan Ekosistem Rakan Kongsi.
Baca laporan 

6 Mei 2024

Logo IDC

IDC

Shopify dinamakan sebagai Peneraju dalam IDC MarketScape: Penilaian Vendor Global untuk Platform Perdagangan Digital B2C merangkumi Pertumbuhan Pasaran Pertengahan 2023-2024

Ini ialah penilaian ke atas penyelesaian perdagangan untuk para peruncit dengan paras hasil di antara $100 juta dengan $500 juta dan ke atas. Laporan tersebut mendapati bahawa “Shopify akan dapat menarik minat yang luar biasa dalam kalangan pembeli yang mencari platform perdagangan digital SaaS berbilang penyewa yang menawarkan rekod prestasi terbukti dalam kategori DTC, di samping turut membariskan ekosistem pihak ke-3 (3P) yang luas, TCO yang rendah serta proses pembayaran terbina dalam.”
Baca petikan ini 

31 Januari 2024

Pelaksanaan 10% lebih pantas berbanding dengan BigCommerce, secara purata

Sokongan migrasi yang anda perlukan daripada ekosistem rakan kongsi terluas setakat ini

Ingin bermigrasi daripada BigCommerce? Rakan Kongsi Shopify sedia membantu. Kami mempunyai lebih ramai rakan kongsi global berbanding dengan mana-mana pesaing—di mana kebanyakannya memang pakar dalam membantu pelanggan BigCommerce untuk bertukar kepada Shopify.

21,000+Aplikasi dalam Shopify App Store

Rakan kongsi teknologi yang diperakuiAplikasi yang disemak berdasarkan keperluan Shopify Plus bagi keselamatan, privasi, prestasi dan sokongan kepada pedagang

Perbandingan Shopify dengan BigCommerce

Perbandingan Shopify dan BigCommerce berhubung harga, yuran pembayaran, pembayaran, aplikasi, kos, pelaksanaan, jualan di kedai dan jualan antarabangsa. Angka BigCommerce adalah untuk pelan AS miliknya, dalam USD, setakat bulan Oktober tahun 2026.
Perbandingan Shopify dan BigCommerce pada harga permulaan, yuran penyedia pembayaran, penukaran pembayaran, aplikasi, kos platform dan operasi, pelaksanaan, jualan di kedai dan jualan antarabangsa
Kebimbangan pembeliShopifyBigCommerce
Harga permulaan
Shopify
Daripada $19.00 USD/bulan, dibilkan secara tahunan¹
BigCommerce
Daripada USD29/bulan dibilkan secara tahunan, atau USD39 secara bulanan²
Yuran penyedia pembayaran
Shopify
Tiada yuran pihak ketiga dengan Shopify Payments; 0.2% hingga 2% dengan penyedia lain¹
BigCommerce
Tiada yuran dengan penyedia terbenam; 0.6% hingga 2% dengan penyedia lain²
Penukaran pembayaran
Shopify
Menukar hingga 12% lebih baik berbanding dengan pembayaran BigCommerce³
BigCommerce
Pembayaran halaman tunggal dengan Apple Pay, Google Pay dan Amazon Pay²
Aplikasi
Shopify
Lebih daripada 21,000 aplikasi dalam Shopify App Store⁴
BigCommerce
Lebih daripada 1,200 aplikasi dan penyepaduan²
Kos platform dan operasi
Shopify
Jumlah kos pemilikan hingga 33% lebih baik berbanding dengan platform bersaing⁵
BigCommerce
Kos platform 32% dan kos operasi 21% lebih tinggi berbanding dengan Shopify, secara purata⁵
Pelaksanaan
Shopify
10% lebih pantas dilaksanakan berbanding dengan beralih kepada BigCommerce, secara purata⁶
BigCommerce
Kos pelaksanaan dan persediaan 88% lebih tinggi berbanding dengan Shopify, secara purata⁵
Jualan di kedai
Shopify
Shopify POS menyegerakkan inventori, pembayaran dan data pelanggan dengan kedai dalam talian anda⁷
BigCommerce
Boleh disambungkan kepada sistem POS pihak ketiga seperti Square, Clover dan Heartland Retail²
Jualan antarabangsa
Shopify
Bahasa dan mata wang tempatan untuk berbilang pasaran daripada satu kedai⁷
BigCommerce
Lebih daripada 100 mata wang melalui penyedia pembayaran anda; laman kedai tambahan berharga USD30 hingga USD100/bulan untuk setiap satu²

Sumber: nota kaki 1 hingga 7, disenaraikan di bawah Soalan Lazim.

Soalan Lazim tentang Shopify berbanding dengan BigCommerce

¹ Penetapan harga Shopify, shopify.com/pricing, diakses pada 13 Oktober 2026. Harga pelan berbeza-beza mengikut rantau dan tawaran; lihat shopify.com/pricing untuk harga semasa. Yuran transaksi pihak ketiga dikenakan apabila anda menggunakan penyedia pembayaran selain Shopify Payments, yang tersedia di negara-negara tertentu.

² BigCommerce, “Pricing” dan “Apps & Integrations,” bigcommerce.com/pricing dan bigcommerce.com/apps, pelan AS dalam USD, diakses pada 13 Oktober 2026.

³ Shopify, “Shopify Checkout is the best-converting in the world,” shopify.com/enterprise/blog/shopify-checkout. Kajian diselesaikan pada bulan April tahun 2023 dengan perkongsian bersama-sama syarikat perunding pengurusan global Tiga Terbesar.

⁴ Kiraan aplikasi Shopify App Store setakat 31 Disember 2025.

⁵ Shopify, “Total cost of ownership,” shopify.com/compare/tco. Penyelidikan yang ditauliahkan oleh Shopify daripada firma perunding bebas terkemuka, dari bulan Disember tahun 2023 hingga bulan Januari tahun 2024, berdasarkan tinjauan terhadap 250 perusahaan dengan hasil sebanyak USD10 juta atau lebih. Semua nilai adalah nilai purata.

⁶ Shopify, Laporan Masa kepada Nilai, shopify.com/compare/time-to-value. Kajian diselesaikan melalui perkongsian dengan firma perunding terkemuka. Semua nilai adalah nilai purata.

⁷ Halaman Shopify POS dan Shopify Markets, shopify.com/pos dan shopify.com/markets, diakses pada 13 Oktober 2026.

⁸ Hubungan pelabur Shopify. Pasaran e-dagang AS adalah berdasarkan gabungan data Biro Banci AS (Jualan E-Dagang Runcit Suku Tahunan, tidak diselaraskan) dan anggaran dalaman.

Shopify berbanding dengan BigCommerce

Inginkan hasil yang lebih hebat? Beralihlah kepada Shopify.

Daripada hasil yang lebih tinggi kepada inovasi yang berterusan, para pelanggan dan penganalisis sepakat bahawa Shopify ialah pilihan yang utama.