Shopify vs. WooCommerce

Shopify mempunyai kos operasi dan persediaan yang lebih rendah berbanding dengan WooCommerce

Antara penukaran yang kukuh, kecekapan kos dan inovasi perintis pasaran, semua data menuju kepada satu kesimpulan: Shopify sedang mendahului perlumbaan perdagangan

Tumbesaran beribu-ribu jenama telah melepasi keupayaan WooCommerce

Jenama mula beralih kepada Shopify—platform perdagangan global yang paling boleh diharap untuk mengembangkan perniagaan anda.
  • Rudis logo
  • Thermomix logo
  • Dr. Scholl’s logo
  • Sunology logo
  • Woobles logo
  • Muscle Nation logo
  • T1tan logo

Kenapa Shopify

Empat sebab jenama beralih

  1. 1
    Masa operasi platform yang boleh dipercayai

    Shopify memastikan data selamat dan menyampaikan masa operasi 99.9%.

  2. 2
    TCO yang lebih baik

    Jumlah kos pemilikan (TCO) Shopify adalah 36% lebih baik berbanding dengan WooCommerce, secara purata.

  3. 3
    Aliran kerja panel pentadbir yang pantas

    Buat perubahan laman kedai dan produk menggunakan klik, tema, aplikasi dan API, bukannya kod.

  4. 4
    Laman kedai, pembayaran, POS

    Ciri perdagangan terbina dalam, ditambah dengan 21,000+ aplikasi dalam Shopify App Store.

Selamat dan boleh dipercayai, dengan masa operasi sebanyak 99.9%

Beroperasi pada infrastruktur global Shopify

Shopify menyediakan anda dengan penyulitan terjamin selamat, kawalan akses, sandaran data dan keselamatan rangkaian—supaya anda boleh memfokuskan pertumbuhan jenama anda. Dengan platform sumber terbuka seperti WooCommerce, pasukan anda sendiri yang bertanggungjawab terhadap pengehosan, pematuhan PCI dan kemaskinian perisian—lalu meningkatkan potensi ancaman keselamatan siber.

14+Dilaporkan terdapat kerentanan pada WooCommerce dan sambungannya pada tahun 2024 yang menyerlahkan risiko keselamatan untuk jenama

99.9%Purata masa operasi Shopify memastikan kedai dalam talian sentiasa boleh diakses oleh pelanggan.

KAMI MENGURUS SEMUANYA

Laman kedai yang lebih pantas

Kedai Shopify dipaparkan secara purata 1.8 kali ganda lebih pantas berbanding dengan kedai pada platform lain, dan Shopify mempunyai kelajuan pelayan terpantas dalam perdagangan: hingga 3.9 kali ganda lebih pantas dan secara purata 2.8 kali ganda lebih pantas. Sebuah kajian global menunjukkan Shopify Checkout mengatasi prestasi pembayaran WooCommerce hingga 17%. Pada tahun 2024, lebih 875 juta pembeli dalam talian yang unik telah membeli daripada pedagang Shopify.

PEMATUHAN HUJUNG KE HUJUNG

Pastikan semua data anda selamat

Shopify mengutamakan pendayaan pematuhan anda kepada rangka kerja seperti PCI untuk pembayaran selamat, SOC 1, 2, 3 bagi peruncit dan GDPR untuk perlindungan data. Secara perbandingan, WooCommerce kekurangan pematuhan PCI, SOC dan GDPR yang tersedia secara terus—meningkatkan risiko kecurian identiti, kerosakan kepada reputasi syarikat anda dan kehilangan pelanggan—apatah lagi potensi tuntutan mahkamah, tuntutan insurans dan denda kerajaan.

PERLINDUNGAN PENIPUAN

Lindungi daripada penipuan

Shopify menawarkan perlindungan penipuan berlapis, termasuk alat analisis penipuan bersepadu yang disegerakkan dengan perkhidmatan pengesanan teratas. Dengan cerapan tentang risiko pesanan, caj balik dan banyak lagi, analitik terbina dalam kami memperkasakan anda untuk membuat keputusan yang termaklum tanpa pelanggaran keselamatan, lalu memastikan keselamatan data.

Dapatkan audit kelajuan laman yang diperibadikan untuk anda

Secara purata, laman kedai Shopify dipaparkan 2.4 kali ganda lebih pantas berbanding dengan laman kedai WooCommerce, dan kelajuan pelayan Shopify adalah 3.9 kali ganda lebih pantas. Kedai Shopify juga mempunyai penilaian kelajuan yang lebih memuaskan: 93%, berbanding dengan kedai WooCommerce (34%). Dapatkan laporan diperibadikan yang membandingkan kelajuan laman dan kelajuan pelayan anda dengan pesaing serta tanda aras industri.

Dapatkan laporan tersuai anda
Graf perbandingan kelajuan laman

TCO yang lebih baik: WooCommerce memakan kos operasi sebanyak 41% lebih tinggi, secara purata

Lebih cekap pada Shopify

Jumlah kos pemilikan Shopify (TCO) adalah 36% lebih baik berbanding dengan WooCommerce. Daripada yuran platform yang kompetitif sehinggalah kepada platform yang ringkas dan mesra pengguna, Shopify ialah platform pilihan perniagaan yang ingin meningkatkan kecekapan operasi.*

TCO 36% lebih baik pada Shopify berbanding dengan WooCommerce, secara purata

TCO 36% Lebih Baik pada Shopify berbanding dengan WooCommerce, secara purata

Berbanding dengan Shopify, WooCommerce mempunyai:

49%Kos pelaksanaan dan persediaan yang lebih tinggi, secara purata

32%Yuran platform dan kos timbunan e-dagang yang lebih tinggi, secara purata

41%Kos operasi yang lebih tinggi, secara purata

Kos operasi yang lebih rendah

WooCommerce adalah percuma (tetapi baca terma dengan teliti)

WooCommerce ialah sebuah pemalam percuma, tetapi terdapat kos yang lebih tinggi untuk menjalankan kedai pada pemalam tersebut. Secara purata, kos operasi Shopify adalah 19% lebih baik berbanding dengan pesaing, manakala kos operasi dan sokongan WooCommerce adalah 41% lebih tinggi berbanding dengan Shopify. WooCommerce turut bergantung pada pemalam dan sambungan berbayar untuk pelbagai ciri, lantas menjadikan yuran platform dan kos timbunan teknologinya 32% lebih tinggi berbanding dengan Shopify, secara purata.

Masa operasi 99.9% pada waktu kemuncak

Pilih kemudahan berbanding dengan kompromi

Shopify mengekalkan 99.9% masa operasi platform sewaktu jualan kilat dan acara tahunan yang terbesar, berserta pengehosan yang disertakan dalam setiap pelan. WooCommerce pula bergantung pada berbilang tambahan, dan pelbagai jenama yang beralih daripada WooCommerce kepada Shopify telah melaporkan mereka terpaksa mengupah kakitangan dalaman atau agensi semata-mata untuk memastikan keadaan perniagaan berjalan lancar.

Jimat pada kos persediaan anda

Secara purata, kos persediaan WooCommerce adalah 49% lebih tinggi

Menurut sebuah kajian TCO yang bebas, purata kos pelaksanaan dan persediaan bagi WooCommerce adalah 49% lebih tinggi berbanding dengan Shopify. Pemalam tambahan, penyesuaian dan penyepaduan seperti get laluan API telah menambah beban kerja dan kos bagi persediaan WooCommerce.

ROI YANG LEBIH BAIK

Shopify Checkout mengatasi prestasi WooCommerce hingga 17%

Shopify mempunyai ciri pembayaran global yang terbaik dan kadar penukaran hingga 17% lebih tinggi berbanding dengan WooCommerce. Anggap perbezaan kadar penukaran ini sebagai potensi pendapatan yang dilepaskan dengan memilih WooCommerce dan bukannya Shopify.

Boleh guna dan tangkas

Satu pemalam tidak sepatutnya menguasakan seluruh perniagaan anda

Melalui antara muka mesra pengguna, Shopify merangsang ketangkasan yang membolehkan perniagaan anda menyesuaikan dan bertindak balas kepada trend pasaran semasa anda sedang berkembang. Pasukan anda boleh mengurus laman kedai anda dengan mudah, biarpun tanpa kepakaran teknikal. Sebaliknya, WooCommerce beroperasi sebagai pemalam untuk laman WordPress anda, yang memerlukan pemalam tambahan untuk mempertingkatkannya. Walau bagaimanapun, pemalam tidak selalunya berfungsi dengan baik secara bersama-sama apabila disepadukan pada WooCommerce—lalu menyebabkan pasukan anda bergantung pada pembangun walaupun untuk perubahan kecil.

Satu papan pemuka panel pentadbir yang dihoskan

Sesiapa sahaja dalam pasukan anda boleh mengendalikan Shopify

UI intuitif Shopify memperkasakan pengguna teknikal mahupun perniagaan untuk memacu nilai secara berdikari. Sebaliknya, WooCommerce memerlukan penglibatan pembangun bagi melaksanakan dan mengemaskinikan pemalam, serta melakukan banyak perubahan pada laman kedai. Shopify mempunyai keupayaan untuk beroperasi pada "kod rendah" tanpa menjejaskan kualiti laman kedai anda.

WORDPRESS

Jual di WordPress dengan pemalam Shopify

Pemalam Shopify untuk WordPress yang percuma menambahkan produk dan koleksi Shopify pada halaman WordPress serta siaran blog daripada Editor WordPress, tanpa pengekodan diperlukan, malah pemalam ini berfungsi dengan mana-mana pelan Shopify. Satu pemalam boleh menggantikan set pemalam perdagangan WordPress. Seperti kata Pengarah Operasi Lull, Mark Negelmann, “Bolehkah identiti kami yang unik ini dimuatkan ke dalam batasan infrastruktur Shopify? Jawapannya: Boleh,” lantas memacu Lull untuk berjimat sebanyak 25% pada kos perisian dan 10%–15% pada perbelanjaan teknologi.

Pelaksanaan 10% lebih pantas berbanding dengan WooCommerce, secara purata

Ketangkasan sepenuhnya, tiada hutang teknikal

Perkasakan jurutera anda untuk berinovasi dengan mengusahakan penyelesaian prabina Shopify. Hapuskan hutang teknikal dan keperluan untuk pembangunan tersuai pada WooCommerce. Di Shopify, anda boleh mempercepatkan inovasi perniagaan dengan mengurangkan masa yang dihabiskan untuk pelaksanaan dan penyelenggaraan. Dalam Kajian Masa kepada Nilai (Time to Value), purata jenama yang bermigrasi daripada WooCommerce kepada Shopify melaksanakan inovasi secara 10% lebih pantas serta memaparkan kebarangkalian sebanyak 2.7 kali ganda untuk menyelesaikannya tepat pada masanya dan 5.8 kali ganda untuk menyiapkan kerja mengikut belanjawan.

Lebih keupayaan, ditambah dengan 21,000+ aplikasi

Dapatkan lebih banyak keupayaan tersedia secara terus pada Shopify

Shopify mempunyai set lengkap keupayaan perdagangan terbaik dalam kelasnya yang akan menyokong perniagaan anda tidak kira apa-apa jua rancangan pertumbuhan anda. Ciri pada Shopify seperti B2B lanjutan, konfigurasi produk dan alat pemasaran hanyalah sebahagian daripada ciri yang kami akan sediakan untuk perniagaan anda—tanpa sebarang hutang teknikal.

100%Shopify bertumpukan perdagangan

KEUPAYAAN TERBINA DALAM

Semua yang anda perlukan ada pada satu platform

Penyelesaian perdagangan menyeluruh Shopify yang merentasi DTC, B2B dan Titik Jualan (POS) tersedia di sini untuk membantu perniagaan anda berkembang, melalui pelbagai cara. Ciri terbina dalam kami seperti carian semantik, berbilang mata wang dan pengurusan bahasa, alat pemasaran pihak pertama yang percuma, serta model data yang boleh disesuaikan menyediakan kefungsian terbaik dalam kelasnya untuk membantu pasukan anda memfokuskan pada penambahan inovasi dan mengurangkan pembinaan daripada mula.

21,000+ aplikasi dalam Shopify App Store

Kelebihan ekosistem Shopify yang dipercayai

Shopify memberi anda akses kepada lebih daripada 21,000 aplikasi yang dipercayai dalam Shopify App Store setakat 31 Disember 2025 yang prabina dan sedia untuk digunakan. Melaluinya, anda boleh melanjutkan fungsi yang memenuhi keperluan perniagaan anda—tanpa memerlukan bantuan pembangun. Pada WooCommerce, terdapat tadbir urus yang terhad tentang jenis pemalam yang disenaraikan serta sedikit maklumat tentang cara penyelenggaraan pemalam tersebut. Shopify memberi tumpuan untuk memastikan semuanya dapat berfungsi bersama dengan lancar dan mudah dikemaskinikan.

MENGAPA PENGIKTIRAFAN ITU PENTING

Percayai peneraju dalam perdagangan

Shopify, berserta pangkalan pelanggannya yang semakin berkembang, kebolehpilihan CMS dan kebolehskalaannya, dinilai tinggi sebagai peneraju e-dagang dalam laporan penganalisis yang terkenal. Dengan momentum pertumbuhan WooCommerce yang perlahan, ditambah pula dengan pangkalan pelanggan yang memfokuskan terutamanya pada perniagaan yang lebih kecil, mereka tidak disenaraikan dalam laporan seperti IDC, Forrester atau Gartner yang menjurus ke arah kebolehskalaan bagi jenama yang lebih besar. Selain itu, kebergantungan syarikat tersebut pada WordPress mengehadkan pilihan CMS anda, lalu meletakkan batu penghalang di hadapan perniagaan anda yang semakin berkembang.

HALA TUJU YANG JELAS

Shopify melancarkan lebih banyak ciri baharu berbanding dengan WooCommerce

Shopify telah mengeluarkan beratus-ratus kemaskinian produk, dua kali setahun, menerusi Editions sejak tahun 2021—dengan fokus untuk menjadikan perdagangan lebih baik untuk semua orang. Sebaliknya, hala tuju WooCommerce adalah agak lengang. Di Shopify, kami menyediakan anda dengan platform perdagangan yang kerap dikemaskinikan, terjamin selamat, dioptimumkan dan mampan yang dibina untuk pertumbuhan perniagaan anda.

Ratusan ribu rakan kongsi

Pakar Shopify boleh didapati di serata dunia

Ratusan ribu rakan kongsi agensi dan penyepadu sistem berpengetahuan luas tentang Shopify, lantas bersedia menyokong perniagaan anda. Ekosistem rakan kongsi Shopify telah menerima pembayaran sebanyak $3.8 bilion daripada Shopify mulai 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026 (The Entrepreneur Effect, 2026). Quickfire Digital iaitu salah satu rakan kongsi Shopify, telah membangunkan sebuah panduan tentang sebab perpindahan daripada WooCommerce kepada Shopify akan memanfaatkan perniagaan anda yang semakin berkembang. Fyresite iaitu sebuah lagi rakan kongsi Shopify, telah mengeluarkan sebuah ringkasan projek yang menyatakan pelbagai sebab mengapa mereka tidak akan melaksanakan WooCommerce lagi.

Pelaburan Shopify dalam R&D

Kami berpegang teguh pada misi kami untuk menjadikan perdagangan lebih baik bagi semua orang. Shopify telah membelanjakan berbilion-bilion bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk membuat penambahbaikan produk bagi pelanggan kami secara berterusan.

Berbilion-bilionDilaburkan untuk menambah baik platform Shopify bagi pelanggannya

800+Ciri dan penambahbaikan Shopify yang ditambahkan sejak tahun 2020

Pengesahan penganalisis

Pakar memilih Shopify

2025 Leader in Gartner® Magic Quadrant™
2025 Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™
Logo GARTNER® MAGIC QUADRANT™

Gartner® Magic Quadrant™

Shopify ialah Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2025 untuk Perdagangan Digital

Shopify dinamakan sebagai Peneraju bagi tahun ketiga berturut-turut dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2025 untuk Perdagangan Digital dan berada pada kedudukan tertinggi bagi Keupayaan untuk Melaksana.
Baca laporan 

3 November 2025

Logo syarikat Forrester Research

Forrester

Shopify ialah Peneraju dalam Forrester Wave™ 2024: Penyelesaian Perdagangan untuk B2B

Shopify menerima skor tertinggi yang mungkin dalam kriteria yang merangkumi Inovasi, Kehadiran Pasaran dan Ekosistem Rakan Kongsi.
Baca laporan 

6 Mei 2024

Logo IDC

IDC

Shopify ialah Peneraju dalam MarketScape IDC 2024 bagi pasaran pertengahan perdagangan digital B2C

Shopify merupakan sebuah Peneraju dalam MarketScape IDC: Platform Perdagangan Digital B2C Seluruh Dunia untuk Penilaian Vendor Pertumbuhan Pasaran Pertengahan 2024. IDC melaporkan bahawa “Shopify pastinya akan menarik perhatian pembeli yang mencari platform perdagangan digital SaaS berbilang penyewa.”
Baca laporan 

Januari 2024

Rakan kongsi migrasi

Lakukan migrasi dengan ekosistem rakan kongsi perdagangan terbesar yang wujud

Mahu melakukan migrasi daripada WooCommerce? Rakan Kongsi Shopify boleh membantu anda. Biarkan rakan kongsi global kami membantu anda merintis laluan kepada pertumbuhan anda.

21,000+Aplikasi dalam Shopify App Store setakat 31 Disember 2025

Rakan kongsi teknologi bertauliahAplikasi yang disemak berdasarkan keperluan Shopify Plus untuk keselamatan, privasi, prestasi dan sokongan kepada pedagang

Perbandingan Shopify berbanding dengan WooCommerce

Perbandingan Shopify dengan WooCommerce dari segi kos, yuran, aplikasi, pembayaran, pengehosan dan memindahkan kedai anda, setakat bulan Oktober 2026.
Perbandingan Shopify dengan WooCommerce merentasi kos pelan, aplikasi, yuran kad, penukaran pembayaran, jumlah kos pemilikan, pengehosan, had produk, jualan antarabangsa dan migrasi
Perkara yang dibandingkan oleh pembeliShopifyWooCommerce
Kos pelanShopifyBasic: $19.00 USD/bulan dibilkan setiap tahun, disertakan dengan pengehosan1WooCommercePemalam percuma, ditambah pengehosan pada harga USD 25–USD 350/bulan untuk kebanyakan kedai2
Aplikasi dan sambunganShopify21,000+ aplikasi dalam Shopify App Store setakat 31 Disember 20253WooCommerceSambungan pada harga USD 29–USD 299/tahun untuk setiap satu2
Yuran pemprosesan kadShopifyShopify Payments dari 2.9% + USD 0.30 untuk Basic; yuran 2% dengan penyedia pihak ketiga1WooCommerceWooPayments: 2.9% + USD 0.30 bagi setiap kad AS, ditambah 1.5% untuk kad antarabangsa4
Penukaran pembayaranShopifyShopify Checkout mengatasi prestasi WooCommerce hingga 17%5WooCommerceDiatasi oleh Shopify Checkout hingga 17%5
Jumlah kos pemilikanShopifyTCO 36% lebih baik berbanding dengan WooCommerce, secara purata6WooCommerceSecara purata, kos platform 32%, kos operasi 41% dan kos persediaan 49% lebih tinggi berbanding dengan Shopify6
Pengehosan dan keselamatanShopifyPengehosan tanpa had, sijil SSL percuma dan pematuhan Level 1 PCI DSS disertakan sekali1WooCommerceAnda memilih, membayar dan mengurus pengehosan anda sendiri2
Had produkShopifyJual produk tanpa had1WooCommerceProduk dan pesanan tanpa had2
Jualan antarabangsaShopifyHarga dalam mata wang tempatan dengan Shopify Markets1WooCommerceWooPayments menerima 135+ mata wang di 38 buah negara4
Memindahkan kedai andaShopifyImport CSV produk WooCommerce dengan aplikasi Store Migration7WooCommerceEksport produk ke CSV daripada Produk dalam WordPress7

Sumber: nota kaki 1–7.

Soalan Lazim Shopify lwn WooCommerce

1. Halaman penetapan harga Shopify (shopify.com/pricing), harga AS dalam USD, diakses pada 13 Oktober 2026. Harga pelan yang ditunjukkan pada halaman ini dikemas kini daripada data pelan Shopify.

2. Halaman harga WooCommerce (woocommerce.com/pricing), diakses pada 13 Oktober 2026.

3. Kiraan aplikasi Shopify App Store setakat 31 Disember 2025.

4. Dokumentasi yuran WooPayments (woocommerce.com/document/woopayments/fees-and-debits/fees) dan halaman WooPayments (woocommerce.com/payments), kadar AS, diakses pada 13 Oktober 2026.

5. Kajian penukaran Shopify Checkout diselesaikan dengan perkongsian bersama sebuah syarikat perundingan pengurusan global Big Three (shopify.com/enterprise/blog/shopify-checkout).

6. Kajian jumlah kos pemilikan ditauliahkan daripada firma perundingan bebas yang terkemuka (shopify.com/compare/tco).

7. Pusat Bantuan Shopify, “Bermigrasi daripada WooCommerce” (help.shopify.com/en/manual/migrating-to-shopify/migrating-from-woocommerce), diakses pada 13 Oktober 2026.

8. GMV Shopify kumulatif sejak penubuhan Shopify.

9. Halaman pemalam Shopify untuk WordPress (shopify.com/sell-on-wordpress), diakses pada 13 Oktober 2026.

SHOPIFY VS. WOOCOMMERCE

Mahukan hasil yang lebih baik? Bertukarlah kepada Shopify

Daripada hasil yang lebih tinggi hingga kepada inovasi yang berterusan, pelanggan dan penganalisis bersetuju bahawa Shopify sememangnya pilihan yang terbukti berkesan.